Thursday, December 17, 2015

Manfaat Tanaman Acalypha Indica bagi Kesehatan Tubuh

Acalupha Indica atau yang lebih dikenal dengan tanaman akar kucing merupakan salah satu jenis tanaman liar yang banyak ditemukan di perkarangan rumah. Walaupun dianggap sebagai tanaman liar, namun tanaman ini mempunyai segudang manfaat bagi kesehatan tubuh, khususnya untuk pengobatan tradisional.

1. Mencegah dan Mengatasi Penyakit Disentri
Berkat sifat anti-inflamasi yang dimilikinya, tanaman ini berguna untuk mengobati penyakit disentri dan mencegah penyakit disentri pada tubuh manusia.

2. Mengatasi Gangguan Pencernaan
Kandungan serat tinggi di dalamnya berguna untuk menjaga kesehatan organ-organ pencernaan sehingga dapat mengatasi dan mencegah gangguan pencernaan seperti sembelit, wasir dan lain sebagainya.

3. Mengobati Penyakit Malaria
Meskipun hingga saat ini penyakit malaria diklaim belum ditemukan obatnya, namun dengan menggunakan tanaman ini dapat mengatasi penyakit malaria karena kandungan zat-zat anti bakteri dan anti inflamasi di dalamnya.

4. Menghambat Pembentukan Asam Urat
Asam urat merupakan penyakit yang disebabkan oleh penumpukan zat purin, untuk menghambat pembentukannya dan menyembuhkannya dapat dilakukan dengan menggunakan tanaman acalypha indica ini.

5. Anti Kanker

Kandungan antioksidan di dalamnya berguna untuk menangkal radikal bebas dan dapat mencegah gangguan dari berbagai penyakit yang disebabkan oleh radikal bebas, salah satunya seperti penyakit kanker.

Meskipun tanaman ini mempunyai banyak manfaat bagi kesehatan tubuh, namun penting untuk memperhatikan dosis dan cara pembuatannya ketika ingin memanfaatkannya sebagai obat tradisional agar terhindar dari berbagai masalah yang tidak diinginkan seperti keracunan.

Tuesday, November 10, 2015

Ayah positif dadah bunuh anak umur sebulan

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 NOVEMBER 2015

Anggota polis memasang amaran larangan memasuki rumah dihuni bayi perempuan dan keluarganya di Pangsapuri Kota Laksamana, Bandaraya Melaka.

BANDARAYA MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui mati dipercayai dibunuh bapanya di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana, di sini, semalam.

Difahamkan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Melaka selepas ibunya berusia 25 tahun membawa bayi yang sudah kaku berkenaan ke hospital untuk rawatan kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi berkenaan mati akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.

"Hasil siasatan awal, kita menganggap kes ini selesai berikutan tangkapan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga bapa kepada bayi tersebut.

"Suspek yang didapati positif methamphetamine kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Vape buka jalan salah guna dadah, kata bekas timbalan ketua polis

Terdapat kes pengguna vape di luar negara mencampurkan dadah di dalam cecair vape yang akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar.Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.

Kes yang berlaku di luar negara menunjukkan ada pengguna vape mencampurkan dadah di dalam cecair vape, bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dilaporkan berkata.

Perkara ini menurut Najib menjadi trend di Amerika Syarikat, lapor Sinar Harian Online hari ini.

“Caranya adalah dengan melarutkan dadah seperti syabu, marijuana dan lain-lain dadah yang boleh larut dalam air. Kemudian, dadah ini dimasukkan dalam botol vape dan dihisap.

“Perbuatan ini sudah menjadi satu trend di Amerika Syarikat. Jadi bagi saya lebih baik vape diharamkan sebelum budaya mencampurkan dadah dalam vape merebak ke negara ini,” beliau dipetik berkata akhbar itu.

Beliau memberitahu Sinar Harian, penggunaan vape yang mengandungi dadah akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar.

“Ini kerana, pengambilan dadah melalui vape lebih sukar dikesan. Agensi Dadah Amerika Syarikat mendapati dadah ini hanya dapat dikesan dan disahkan melalui ujian makmal.

“Kalau dahulu dadah sintetik diambil dalam bentuk pil atau dihisap dengan cara dadah dibakar di bawah timah.

"Kini dengan vape, kita tidak tahu yang dihisap sama ada dadah atau vape biasa,” beliau dipetik berkata.

Najib yang juga bekas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berkata, sekiranya budaya tersebut merebak ke negara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada golongan belia.

“Kalau kita lihat sekarang pelajar sekolah pun hisap vape. Secara tidak langsung akan memudahkan lagi golongan ini untuk terjebak dengan dadah.

“Malah, pengambilannya boleh dilakukan secara terbuka. Sebab itu kena ada pencegahan daripada sekarang ,” katanya. – 10 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/vape-buka-jalan-salah-guna-dadah-kata-bekas-timbalan-ketua-polis#sthash.MXCFGhqH.dpuf

Hari Pertama di Alam Kubur, Mayit Didatangi Rauman

SETIAP yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Itu berarti seseorang yang semasa hidupnya berada di atas tanah, dan melakukan segala sesuatu untuk hidupnya, kini harus kembali ke dalam perut bumi. Tanah yang dulu kita inak-injak, saat itu menjadi tempat istirahat untuk kita hingga menjelang hari kiamat.

Memasuki ruangan yang asing pada hari pertama tentu rasa resah dan gelisah akan senantiasa menghantui diri kita. Apalagi, kita tahu bahwa di dalam tanah itu penuh dengan hewan-hewan yang tidak bersahabat baik dengan manusia, juga suasana yang gelap dan pengap semakin menambah ketidaknyamanan. Lalu, seperti apa gambaran hari pertama di alam kubur itu?

Di dalam kitab Daqaiq al-akbar diceritakan mengenai keadaan mayit di alam kubur pada hari pertama ini.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam, sebelum mayit bertemu dengan Munkar dan Nakir, mayit didatangi oleh malaikat bernama Rauman yang wajahnya bersinar bagaikan matahari. Rauman mendatangi mayit dan duduk lalu berkata, “Tulislah apa yang telah engkau lakukan, baik dan jelek.”

Mayit berkata, “Dengan apa aku menulis, mana penda dan tintaku?” Rauman lalu berkata, “Ludahmu adalah tintamu dan jari-jarimu adalah penamu.” Mayit berkata, “Pada apa aku menulis, sedangkan aku tidak mempunyai lampiran.” Malaikat kemudian memotong kain kafan dan memberikannya pada mayit, ia berkata, “Ini lampiranmu, maka tulislah.” Maka mayit menulis amalnya yang baik, ketika sampai pada amalnya yang jelek ia malu kepada malaikat tersebut.

Malaikat langsung berkata, “Wahai orang yang salah, kenapa kamu tidak malu kepada Dzat yang menciptakan kamu ketika kamu melakukannya di dunia dan sekarang kamu malu kepadaku?” Malaikat kemudian mengangkat batang kayu lalu memukulnya. Mayit berkata, “Bangkitkan aku sehingga aku menulisnya.”

Kemudian ia menulis semua amal baik dan jeleknya. Malaikat Rauman lalu menyuruhnya agar melipat dan mengecapnya, kemudian mayit itu melipatnya dan berkata, “Dengan apa aku mengecapnya, sedangkan aku tidak punya cap?” Malaikat berkata, “Caplah dengan kukumu.” Maka ia mengecapnya dengan kukunya dan menggantungkannya di lehernya sampai hari kiamat.

Sungguh beruntunglah bagi mereka yang selama hidup di dunia senantiasa mengingat Allah dalam setiap aktivitasnya. Ketika hendak berbuat maksiat maka ia bersegera beristighfar dan kemudian kembali mengingat Allah.

Monday, November 9, 2015

Pengamal perubatan: Jangan terus haramkan ketum

WARTAWAN SINAR HARIAN

Ketagihan ketum dikatakan semakin menular dalam kalangan remaja.
KUALA KANGSAR - Pihak berkaitan perlu melakukan kajian terperinci terhadap potensi ketum dalam bidang perubatan dan tidak terus mengharamkannya kerana daunnya mempunyai banyak khasiatnya tersendiri.

Cadangan tersebut dikemukakan pengamal perubatan, Dr Hashim Bujang yang berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengoptimumkan khasiat daun ketum.

Pengharaman ketum tidak perlu dilakukan kerana ketagihan terhadap bahan tersebut tidak terlalu serius.

“Ketum sejenis pokok yang ada bahan kimia opiod lemah tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak, ia akan membawa kesan sama seperti heroin dan morphine," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, ketagihan ketum biasanya dalam kalangan penduduk luar bandar kerana ianya lebih mudah didapati di kawasan itu.

"Kesan ketagihannya juga masih belum dapat dipastikan. Malah, tiada kajian saintifik yang mengkaji tahap kerosakan pada mental dan fizikal penagih ketum sebelum ini.

Hanya sebab ketum ada bahan opiod, kita beranggapan kesan sampingannya sama seperti dadah,” katanya.

Hashim berkata, beliau menaruh harapan terdapat pihak yang membuat kajian terperinci mengenai potensiketum dan menjadikannya sebagai ubat.

Menurutnya, kajian yang dijalankan baru-baru ini berjaya menghasilkan ubat baru, iaitu Forxiga yang dihasilkan dari kulit pokok epal dan digunakan untuk merawat kencing manis.

“Daun ketum mengandungi opiod iaitu sejenis bahan kimia yang mampu merangsang otak, jadi tidak mustahil ketum boleh dijadikan sebagai ubat penahan sakit dan sedatif selepas pembedahan.

“Apabila ketum dikategorikan sebagai bahan larangan dan berbahaya, kita akan kehilangan sesuatu daripada ketum, terutama dari segi kebaikan dan sudut positifnya,” katanya.

Pendapat sama turut pernah dilontarkan Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi yang berpendapat kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan daun ketum sudah lama digunakan sebagai ubat dan ia dikatakan memberi kesan baik kepada kesihatan manusia.

Menurutnya, daun ketum mampu menghilangkan kebergantungan kepada heroin berdasarkan pemerhatian terhadap penghuni di rumah Pengasih.

Menurutnya, penggunaan ketum dalam kalangan masyarakat perlu dikawal bagi memastikan tiada pihak yang menyalahgunakannya seterusnya memudaratkan kesihatan.

“Kalau ketum dibenarkan kerajaan, mungkin Pengasih akan menjadi badan pertama menggunakannya untuk detokfikasi.

"Kalau ia terbukti sebagai ubat, kita akan gunakannya kepada penagih dadah," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman kakitangan Pengasih, apabila seorang penagih heroin diberikan ketum, ia mampu menghilangkan ketagihan terhadap dadah berkenaan biarpun mereka tidak pulih sepenuhnya.

“Namun, penggunaan ketum ini adalah proses permulaan untuk mereka hilangkan ketagihan heroin.

"Mungkin mereka juga akan pulih sepenuhnya jika betul caranya,” katanya.

Dalam pada itu, isu penyalahgunaan ketum mendapat perhatian ramai pihak sejak kebelakangan ini, malah Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim turut membawa isu tersebut pada sidang Dun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Daun ketum diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya]

Menurutnya, pembabitan sebahagian pelajar sekolah menengah di daerah itu dalam gejala ketagihan ketum sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera.

"Berdasarkan tangkapan daripada 87 kes tangkapan, 14 kes pelajar ditangkap berumur antara 14 tahun hingga 18 tahun.

“Manakala 61 kes tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa melibatkan mereka yang berusia antara 19 hingga 40 tahun iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai belia,” katanya.

Sunday, November 8, 2015

KDN ambil alih bentang akta daun ketum

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk membentangkan semula akta baharu berkaitan daun ketum di Parlimen.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, perkara itu dibincangkan bersama oleh semua pihak berkepentingan dalam isu tersebut.

"Kementerian Kesihatan mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang semasa membentangkan akta tersebut sebelum ini.

"Jadi kita tarik balik dan tangguh dulu sehingga akta baharu mengenai daun ketum dibentangkan oleh KDN," katanya kepada pemberita selepas menutup 'Kem Kesihatan Musim Panas Kelab Doktor Muda dan sambutan Minggu Sihat Doktor Muda' peringkat kebangsaan di Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Anuar Abdul Hamid.

Menurut Hilmi, kajian semula akta tersebut mengambil masa agak lama kerana ia melibatkan banyak implikasi undang-undang serta membabitkan banyak pihak.

Katanya, kajian itu juga kemungkinan menyentuh daun-daun lain yang berpotensi memberi kesan kepada pengguna sama seperti pengambilan daun ketum.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata, kajian Global School-Based Student Health Survey 2012 kementerian melibatkan 25,500 murid mendapati 71 peratus murid sekolah merokok sebelum umur 14 tahun.

"Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Kita berharap program Doktor Muda dapat membantu menurunkan 'penyakit' tersebut," kata Dr Hilmi.

Katanya, kajian tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja pada 2011 mendapati 21 peratus tidak bersenam dan 82 peratus menghabiskan masa menonton televisyen lebih sejam yang menyumbang kepada peningkatan obesiti remaja bawah 18 tahun.

Beliau yang ditanya mengenai keberkesanan kempen anti merokok dan sekarang timbul isu vape dan rokok eletronik kemudian berkata, kempen tersebut mengambil masa lama untuk melihat kesannya.

Program Doktor Muda itu bermula 5 November lepas disertai 360 peserta dari seluruh negara bertujuan mendidik, melatih dan memberi keyakinan diri kepada peserta untuk menyampai mesej kesihatan kepada rakan-rakan mereka.

Saturday, November 7, 2015

Cecair vape ada dadah?

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mungkinkah wujud cecair vape dijual di pasaran sengaja dicampur dengan pekatan dadah bagi mendapatkan kesan khayal?

Persoalan itu timbul susulan tindakan polis merampas 30 botol cecair vape yang disyaki dicampur dadah hasil pemeriksaan mengejut di sebuah premis menjual vape terkemuka.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, kegiatan itu dibongkar susulan pemeriksaan mengejut dilakukan polis terhadap sebuah premis menjual cecair vape berperisa di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lalu.

Menurutnya, pemeriksaan dengan bantuan anggota Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu dilakukan berdasarkan maklumat terhadap premis milik seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:34 AM
SEBAHAGIAN botol cecair vape yang dirampas berikutan disyaki mengandungi dadah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91702#sthash.zZVStoBk.dpuf

Monday, November 2, 2015

Kecubong

Nama Botani: Datura Fastuosa

Nama Lain: Kecebung

Famili: Solanaceae

Pengenalan:Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.

Khasiat dan Kegunaan:
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.

Sunday, November 1, 2015

Tongkat Ali Hitam

Nama Botani: Polyathia Bulata

Nama Lain: Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin

Famili: Annonaceae

Pengenalan:
Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan:
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).

Friday, October 30, 2015

Asteroid 'Spooky' Lintasi Bumi Malam Ini

KUALA LUMPUR 31 Okt - Malam ini, sebuah asteroid 'Spooky' bersaiz lebar antara 290 hingga 650 meter dijangka melintasi berhampiran Bumi pada jarak 1.3 kali jarak Bumi ke Bulan.

Asteroid Spooky dengan nama rasmi 2015 TB145, yang ditemukan ahli astronomi NASA daripada Program Objek Terdekat Bumi pada 10 Okt lepas, bergerak pada kelajuan 35km sesaat iaitu 29 kali lebih laju dari sebutir peluru.

Agensi Angkasa Negara (Angkasa) berkata ia dijangka tidak akan berlanggar dengan Bumi sebaliknya hanya akan melintasi orbit Bulan pada jarak 48,000km dari Bumi.

"Pada kedudukan paling hampir dengan Bumi, ia akan mencapai tahap kecerahan sekitar 10 magnitud dan boleh dilihat menggunakan teleskop," kata Angkasa dalam kenyataan di sini, malam tadi.

Jika cuaca mengizinkan, Angkasa melalui Observatori Negara Langkawi (ONL) merancang melakukan pencerapan dan penyelidikan terhadap asteroid itu untuk berkongsi maklumat dengan badan-badan astronomi antarabangsa.

Untuk pertanyaan lanjut orang ramai boleh menghubungi ONL di talian 04-9668870 atau Planetarium Negara di talian 03-2273 4303.

Orang ramai juga boleh melayari laman sesawang Angkasa di www.angkasa.gov.my atau laman media sosial Facebook dan Twitter Angkasa Malaysia untuk mendapatkan maklumat terkini berkenaan fenomena-fenomena dan program Angkasa.

Thursday, October 22, 2015

Jerebu: Sekolah ingkar arahan penutupan sekolah disiasat

Kementerian Pendidikan menerima aduan terdapat beberapa sekolah swasta jenis aliran Cina di Kuching, Sarawak masih meneruskan sesi persekolahan diarahkan ditutup berikutan bacaan indeks pencemaran udara menunjukkan bacaan tidak sihat.Gambar fail The Malaysian Insider, 22 Oktober, 2015.

Pengendali sekolah perlu memaklumkan kepada pengarah pendidikan negeri masing-masing berhubung tindakan mereka meneruskan operasi, meskipun arahan penutupan dikeluarkan sejak Isnin lepas.

Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Seri Dr Khair Mohamad Yusof berkata, penutupan operasi melibatkan semua jenis sekolah termasuk sekolah swasta.

Kata beliau, pihaknya menerima aduan terdapat beberapa sekolah swasta jenis aliran Cina di Kuching, Sarawak masih meneruskan sesi persekolahan sejak kelmarin meskipun kementerian mengarahkan penutupan berikutan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) menunjukkan bacaan tidak sihat, bermula Isnin lalu.

"Sekolah berkenaan perlu menjelas dan memaklumkan kepada Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Sarawak yang juga merangkap sebagai Pendaftar. Beliau boleh meluluskannya mengikut satu kes ke satu kes," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai beberapa sekolah swasta di negeri ini yang meneruskan jadual persekolahan seperti biasa biarpun arahan penutupan akibat jerebu dikeluarkan.

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengarahkan penutupan sekolah di bahagian Kuching dan Samarahan sejak Isnin hingga hari ini (19-22 Oktober).

Ketika ditanya sama ada sebarang tindakan boleh diambil terhadap sekolah-sekolah berkenaan, Khair berkata kes berkenaan akan disemak.

"Oleh kerana semua sekolah di Kuching dan beberapa negeri lain akan dibuka esok, kes ini akan disemak dengan niat baik oleh JPN dan KPM," katanya. – Bernama, 22 Oktober, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/jerebu-sekolah-ingkar-arahan-penutupan-sekolah-disiasat#sthash.FSbk48uq.dpuf

Wednesday, October 21, 2015

'Doktor didakwa cabul pesakit sedang disiasat'

Anne Muhammad Hari ini, 7:24 am Hari ini, 9:31 am
Doktor yang didakwa mencabul seorang wanita di sebuah klinik kerajaan di Selangor kini sedang disiasat.

Sumber yang tidak mahu namanya disebut memberitahu Malaysiakini pihak klinik sedang menjalankan siasatan dan perkara itu tidak boleh didedahkan.

“Kes ini sedang disiasat, tidak boleh dedahkan,” katanya kepada Malaysiakini.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Azman Abdul Razak pula mengesahkan menerima laporan tersebut.

Katanya, kes itu disiasat mengikut seksyen 345 Kanun Keseksaan kerana mencabul.

Kelmarin, seorang wanita yang dikenali sebagai “Miss T” mendakwa menjadi mangsa doktor lelaki itu pada 8 Oktober lalu ketika mahu mendapatkan rawatan untuk batuk dan sakit kepala.

Beliau mendakwa, ketika sesi rawatan doktor itu mahu memeriksa pernafasan tetapi meraba-raba buah dadanya ketika berbaju.

Dakwanya lagi, doktor berkenaan mengarahkan beliau membuka baju termasuk coli namun beliau enggan berbuat demikian.

Ekoran itu doktor berkenaan didakwa memasukkan tangan kedalam coli wanita itu dan menyentuh kedua-dua belah dadanya.

Beliau juga mendakwa doktor itu turut bertanya padanya tentang status perkahwinannya.

Jenis Nutrisi Vitamin Dan Manfaatnya Bagi Kesihatan

Jenis macam vitamin nutrisi dan sumber makanan serta manfaat gizi nutrisi untuk menjaga kesehatan adalah penting untuk diketahui dalam rangka untuk senantiasa memelihara kesehatan dan mencegah berbagai macam jenis penyakit.

Manfaat nutrisi vitamin untuk menunjang dan menjaga kesehatan tubuh memang tidak bisa dipungkiri dan dalam hal ini Mengenal akan berbagai macam jenis vitamin yang bermanfaat untuk kesehatan juga perlu diketahui dan dipahami dengan baik oleh kita dalam rangka menjaga kesehatan dan kebugaran tubuh kita.
Vitamin merupakan nutrisi penting yang dibutuhkan tubuh untuk tumbuh dan menjalankan fungsinya dengan baik. Vitamin adalah sekelompok senyawa organik amina yang berperan sangat penting bagi metabolisme tubuh, namun sebagian besar vitamin ini tidak bisa dihasilkan oleh tubuh.

Nutrisi adalah zat kimia yang sangat diperlukan oleh tubuh dan berfungsi dalam bentuk energi. Energi dalam tubuh berfungsi untuk memelihara dan membangun jaringan dalam tubuh. Nutrisi terdapat dalam makanan yang sehari-hari kita konsumsi.

Manfaat Fungsi Jenis Macam Vitamin
Berikut ini berbagai macam sumber makanan, sayuran, buah-buahan dan manfaatnya untuk menjaga kesehatan tubuh antara lain adalah sebagai berikut :

Vitamin A (Retinol).
Manfaat kegunaan vitamin A antara lain adalah untuk kesehatan kulit, kesehatan indera penglihatan, sebagai antioksidan, untuk Menjaga Kesehatan Perkembangan Pertumbuhan Janin Dalam Kandungan, dan untuk sistem imunitas.

Kekurangan vitamin A menyebabkan penuaan dini, katarak, dan daya tahan tubuh menurun. Kelebihan vitamin A menyebabkan haid tidak lancar dan gangguan pada kulit.

Sumber vitamin A dapat diperoleh dari jenis macam sayuran makanan minuman berikut ini yaitu diantaranya adalah buah-buahan dengan warna merah, wortel, sayuran berwarna hijau, hati, dan susu.

Vitamin B (Thiamine).
Vitamin B terdiri dari tiamin, riboflavin, niasin, asam pantotenat, biotin, vitamin B6, vitamin B12 dan folat. Vitamin-vitamin ini sangat berguna untuk kesehatan tubuh kita agar tidak mudah terserang penyakit.

Manfaat fungsi kegunaan vitamin B bagi kesehatan tubuh antara lain secara umum adalah berguna untuk menjaga kesehatan jantung dan fungsi syaraf serta mencegah penyakit beri-beri.

Kekurangan vitamin B menyebabkan Susah Buang Air Besar Sembelit. Penyakit beri-beri dan gangguan kulit lainnya serta imun tubuh menurun. Kelebihan vitamin B menyebabkan reflex otot berkurang dan sistem tubuh tidak seimbang.

Sumber Vitamin B bisa didapat dari kacang-kacangan, roti, gandum, susu, dan daging tanpa lemak.

Vitamin C (Asam Askorbat).
Kegunaan manfaat vitamin C adalah untuk meningkatkan sistem imun tubuh (sistem kekebalan tubuh), pembentuk sel-sel darah merah, untuk antioksidan, untuk kesehatan gigi dan gusi. Vitamin C bermanfaat dan berfungsi serta bekerja sebagai antioksidan yang memperlambat kerusakan akibat radikal bebas

Kekurangan vitamin C menyebabkan mudah lelah, Anemia dan sariawan. Sumber Vitamin C bisa didapatkan dari buah-buahan, mentega dan ikan serta juga buah jeruk, brokoli dan paprika merah.

Vitamin D (Kalsiferol).
Fungsi vitamin D adalah pembentuk tulang dan gigi. Kekurangan vitamin D menyebabkan Diabetes DM Kencing Manis dan osteoporosis. Sumber Vitamin Dbisa didapatkan dari jenis makanan hewani, contohnya ikan, telur, susu, serta produk olahannya, seperti keju dan pancaran sinar matahari.

Penyakit dan gangguan masalah kesehatan karena kekurangan vitamin yang bisa ditimbulkan dari kekurangan ini adalah pertumbuhan gigi akan terganggu, osteomalasia pada dewasa, Pada orang tua bisa menyebabkan osteoporosis, yaitu kerapuhan tulang akibatnya berkurangnya kepadatan tulang.

Vitamin E (Tocopherols).
Manfaat kegunaan vitamin E untuk kesehatan antara lain adalah pengontrol asam lemak berlebih dan untuk pencegahan penyakit kulit, berguna untuk menutup luka dan mencegah mengobati mandul / sulit hamil bagi kaum perempuan juga. Dan manfaat bagi ibu hamil salah satunya adalah dapat berfungsi untuk mencegah keguguran.

Sumber vitamin E bisa didapatkan dari hati, biji-bijian, buah, sayuran dan kacang-kacangan. Bahan vitamin ini terdapat pada mentega atau minyak samin.

Vitamin K
Kegunaan dan faedah fungsi vitamin K ini diantaranya yaitu untuk mempercepat proses pembekuan darah saat terjadi luka pada bagian tubuh kita dan bermanfaat juga dalam rangka memperbaiki susunan pertumbuhan tulang.

Sumber vitamin K ini adalah banyak terdapat pada bayam dan kol, produk susu, kuning telur, serta beraneka agam jenis sayuran segar. Kekurangan vitamin K ini bisa menyebabkan darah akibat luka akan sulit atau lama untuk membeku.

Demikian tadi beberapa manfaat fungsi kegunaan vitamin untuk tubuh manusia. Disertai juga mengenai akibat dari kelebihan dan kekurangan suatu vitamin serta sumber vitamin yang berasal dari makanan.

Macam Jenis Nutrisi Kesehatan
Berikut ini berbagai macam jenis macam nutrisi yang dibutuhkan oleh tubuh manusia dalam rangka menjaga kesehatan tubuh dan juga mencegah timbulnya penyakit antara lain adalah :

Protein
Manfaat fungsi protein untuk kesehatan tubuh salah satunya adalah untuk membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh, mencerna makanan, dan mengelola sistem metabolisme tubuh.

Kebutuhan manusia akan nutrisi gizi protein ini berbeda antara pria dan wanita. Setiap hari pria harus memenuhi setidaknya 55gr protein dan wanita sekitar 45gr.

Sumber makanan yang banyak mengandung protein ini antara lain terdapat pada kacang polong, lentil, kacang tanah dan berbagai jenis kacang-kacangan lainnya. Selain itu juga bisa mendapatkannya dari yogurt, susu dan telur.

Zat Besi
Kekurangan zat besi pada tubuh akan mengakibatkan timbulnya penyakit anemia (Kekurangan sel darah merah). Salah satu manfaat fungsi zat besi untuk kesehatan adalah untuk memproduksi sel-sel darah merah.

Tanda gejala ciri tubuh kekurangan zat besi bisa dikenali dengan timbulnya tanda-tanda berikut ini : lemas, sakit kepala, kulit kusam, kuku rapuh dan terkadang bisa menyebabkan rambut rontok.

Sumber makanan yang banyak mengandung zat besi antara lain terdapat pada sayuran hijau seperti bayam adalah makanan yang kaya akan zat besi.

Seng
Menjadi bagian dari mineral, tubuh juga sangat membutuhkan seng. Seng berfungsi menjaga kekebalan tubuh, sekresi enzim, memproduksi DNA dan juga sebagai neurotransmitter (salah satu zat kimia yang membawa pesan antar neutron).

Beberapa gejala yang dimunculkan saat kamu kekurangan seng adalah rambut rontok, impotensi dan kurang nafsu makan. Kamu bisa memenuhi nutrisi seng dengan mengkonsumsi bayam, kubis, kacang mete, almond, kacang polong dan buah-buahan kering.

Magnesium
Mineral magnesium memainkan peran penting dalam tubuh seperti menjaga tulang tetap sehat. Selain itu magnesium dalam mencegah kamu dari serangan kanker serta memengaruhi penyerapan kalsium. Kamu dapat memperoleh magnesium dari biji-bijian, kacang-kacangan dan juga susu.

Kalsium
Seperti yang kamu tahu, kalsium sangat penting bagi kesehatan tulang. Tetapi, jarang sekali ada yang memerhatikan asupan kalsium yang dibutuhkannya. Jangan heran jika kasus penderita osteoporosis semakin meningkat.

Kita bisa mengkonsumsi susu, yogurt, dan kubis untuk membantu mencegah dari serangan osteoporosis dan gangguan kesehatan lain yang disebabkan oleh kurang kalsium.

Yodium
Tubuh memerlukan yodium untuk mensintesis hormon. Kekurangan yodium bisa berakibat pada gangguan fungsi tiroid. Gangguan tiroid ini dikenal juga dengan gondok. Kita bisa mendapatkan yodium bukan hanya dari garam, tetapi juga dari telur dan makanan laut.

Omega 3
Asam lemak omega 3 mempunyai manfaat fungsi faedah kegunaan dalam rangka meningkatkan kesehatan dan bahkan meningkatkan harapan hidup.

Sumber makanan kaya akan asam lemak omega 3 bisa didapat dari ikan. Minyak zaitun, seasame oil, dan mentega adalah sumber omega 3. Ketika tubuh kehilangan omega 3, kita cenderung akan mengalami Tanda Gejala Stress Depresi ringan dan juga suasana hati yang buruk.

Itulah beberapa jenis vitamin dan nutrisi sehat yang harus dikonsumsi manusia dalam rangka meningkatkan daya tahan tubuh terhadap penyakit dan meningkatkan kesehatan serta mencegah timbulnya berbagai jenis macam penyakit akibat kekurangan vitamin dan nutrisi yang tersebut diatas.

Tuesday, October 20, 2015

Mengagumkan!! Manfaat Ajaib Daun Jambu Biji, Atasi Diare(ceret-beret) Sampai Kanker(kanser)



Daun jambu biji telah mulai sejak lama digunakan dalam penyembuhan kuno untuk menangani beragam penyakit. Daun tanaman ini kaya antioksidan, zat antiperadangan, antibakteri, serta tanin yang memanglah populer mempunyai efek penyembuhan.

Seperti buahnya, daun jambu biji dapat juga di proses jadi beragam makanan, umpamanya diseduh seperti teh atau di buat jamu godok.

Berikut adalah sebagian penyakit yang dapat diatasi dengan daun jambu biji.

– Diare
Meminum air teh daun jambu biji atau konsumsi ekstraknya berbentuk kapsul dapat menolong kita mengobati diare. Riset th. 2008 yang dikerjakan pada tikus di laboratorium tunjukkan ekstrak daun jambu biji dapat dibuktikan memanglah mempunyai kandungan antidiare.

Banyak peneliti temukan bahwa ekstrak daun ini dapat tunda terjadinya diare, kurangi frekwensi buang air besar, serta kurangi keparahan diare.

– Obesitas
Buah jambu biji memanglah kaya serat serta mempunyai indeks glikemik yang rendah hingga pas dikonsumsi oleh mereka yang tengah berdiet atau di buat jadi suplemen. Namun nyatanya daun jambu biji mempunyai faedah yang nyaris sama.

Kandungan dalam daun jambu biji menghalangi pati kompleks dirubah jadi gula. Dalam tubuh kita gula dimetabolisme oleh liver yang lalu dirubah jadi lemak. Hal semacam ini yang mengakibatkan kenaikan berat tubuh. Nah, sistem ini dapat dihambat oleh zat dalam daun jambu biji.

– diabetes
Kandungan serat yang tinggi dalam jambu biji membuatnya jadi buah yang ramah untuk pasien diabetes melitus lantaran ia memperlambat penyerapan gula dalam darah. Disamping itu, ekstrak daun jambu biji dapat dibuktikan dapat mencegah diabetes. Teh daun jambu biji juga telah di pasarkan untuk menopang mencegah diabetes.

– Cholesterol tinggi
Teratur konsumsi daun jambu biji dapat menolong turunkan kandungan Cholesterol jahat (LDL) serta trigliserida. Sekian menurut riset th. 2010. Konsumsi buahnya juga mempunyai manfaat yang sama lantaran kandungan lemaknya sangatlah rendah.

– Kanker lambung
Ekstrak daun jambu biji mempunyai kandungan antikanker serta antitumor, umpamanya likopen, quercetin serta vitamin C yang bakal bekerja juga sebagai antioksidan serta menetralkan radikal bebas pada badan.

Riset th. 2011 tunjukkan, waktu ekstrak daun jambu biji teratur dikonsumsi nyatanya dapat menyebabkan sel kanker lambung menyerang dianya.

– Kanker prostat
Daun jambu biji kaya likopen yang sangatlah baik dalam melawan kanker seperti kanker payudara, prostat serta kanker oral. Likopen bekerja dengan menghalangi produksi androgen, hormon pria yang dapat menyebabkan perkembangan sel pada sebagian type kanker prostat.

Friday, October 2, 2015

Melati


Melati adalah tumbuhan semak berbunga yang hidup menahun, sangat dikenal luas karena keindahan dan aroma bunganya yang mempesona. Di Indonesia, salah satu jenis melati dijadikan sebagai "puspa bangsa" atau bunga nasional yaitu melati putih ("Jasminum sambac"), karena bunga melati ini melambangkan kesucian dan kemurnian. Selama ini, orang mengenal bunga melati hanya sebatas tanaman hias, kosmetika, dan bahan campuran pembuat parfum atau teh.

Melati, terutama bagian bunga dan daunnya, ternyata menyimpan banyak manfaat dan khasiat herba untuk pengobatan. Melati merupakan salah satu obat herbal yang paling dikenal di wilayah Mediterania dan telah banyak dimanfaatkan sebagai obat selama berabad-abad.

Kandungan kimia dalam bunga melati dan daunnya : livalylacetaat, indole, linalcohol, asetat benzilic, alkohol benzilic, dan jasmon.

Khasiat melati, terutama bagian daun dan bunga melati, untuk kesehatan di antaranya sebagai berikut :
Demam Berdarah
Rebus 7 lembar daun melati dan 1,25 gram belimbing dalam 250 ml air hingga menjadi 1 gelas air saja. Setelah dingin, saring dan minumkan pada penderita demam berdarah. Lakukan 3 hari berturut-turut dengan dosis 8 gelas per hari.

Demam dan Sakit Kepala
Ambil 1 genggam daun melati dan 10 bunga melati lalu di remas–remas, kemudian rendam dengan air dalam rantang, gunakan air rendaman ini untuk mengompres dahi.

Sakit Mata
Penyakit mata yang ringan seperti mata merah karena iritasi, bisa diatasi dengan segenggam daun melati. Caranya : ambil satu genggam daun melati, tumbuk halus, kemudian tempelkan pada dahi. Bila sudah mengering, ganti dengan yang baru. Ulangi sampai sembuh.

Radang Usus
Ambil satu genggam daun melati poncosuda (nama lain melati hutan atau melati gambir), rebus dengan 3 gelas air hingga tersisa 1 gelas, saring, minum 2 kali sehari.

Radang Ginjal
Ambil 15 gram daun kering melati poncosuda, rebus dengan 2 gelas air hingga tersisa 1 gelas. Minum 2 kali sehari sampai air kencing yang keruh menjadi normal.

Sesak Napas
Ambil 20 lembar daun melati dan garam secukupnya. Rebus 20 lembar daun melati dan garam dengan 3 gelas air sampai mendidih hingga tersisal 2 gelas dan disaring, lalu oleskan di sekitar dada setiap pagi sebelum mandi.

Menghentikan ASI Yang Keluar Berlebihan
Ambil satu genggam daun melati, tumbuk halus, kemudian tempelkan di sekitar buah dada, setiap pagi sebelum mandi.

Demam, Pilek, dan Diare
Ambil bunga melati 4 gram, teh hijau 4 gram, kapulaga 3 gram, lalu cuci bersih semua bahan, rebus dengan air 1,5 gelas, hingga tersisa 1 gelas. Minum sehari sekali selama 3-7 hari.

Wednesday, September 30, 2015

Bahaya diabetes serang Gen Y



JANGAN kerana terlalu yakin usia masih muda hingga kita terlepas pandang menjalani pemeriksaan kesihatan dan memandang remeh tentang penjagaan tersebut.

.com percaya ramai dalam kalangan generasi Y tidak mengambil kisah perihal kesihatan. Ubah persepsi itu kerana bukan semua andaian kamu itu benar.

Bukan fenomena luar biasa jika anak muda tidak peka perihal kesihatan diri kecuali jika ia melibatkan penyakit berjangkit yang disebabkan wabak menular.

Ramai menyangka penyakit diabetes hanya dapat dikesan dan dihidapi orang dewasa ataupun individu gemuk serta tidak aktif bersukan.

Sebenarnya, andaian ini tidak boleh dipandang ringan kerana penyakit diabetes dikategorikan sebagai salah satu penyakit kronik paling kerap dihidapi kanak-kanak dan anak muda.

Terkejut?. Ya... golongan muda seperti kamu juga tidak terlepas daripada risiko penyakit diabetis. Ini kerana pada zaman moden, penyakit itu tidak pernah mengenal usia untuk menyerang. Apatah lagi gaya hidup dan corak pemakanan generasi muda hari ini lebih banyak menjurus kepada dijangkiti penyakit tersebut.

Malah difahamkan, diabetes boleh menyerang sesiapa sahaja tanpa mengira usia termasuk bayi dan anak kecil yang baru bertatih.

Tahukah kamu, laporan daripada Kaji Selidik Kesihatan dan Morbiditi Nasional (NHMS) mendapati lebih 2.6 juta rakyat Malaysia mengidap penyakit diabetis pada tahun 2011. Jumlah itu merupakan suatu angka yang amat mengejutkan dan dibimbangi akan meningkat saban tahun.

Menurut Pengarah Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan, Rokiah Don berkata, kegagalan rakyat Malaysia mengawal pemakanan walaupun menyedari ia menjadi punca pelbagai penyakit tidak berjangkit (NCD), menyebabkan semakin ramai daripada mereka menghidap diabetes.

Peratusan rakyat Malaysia yang menghidap diabetes, satu daripada NCD, meningkat setiap tahun hingga membimbangkan Kementerian Kesihatan.

“Statistik NHMS mendapati bilangan pesakit diabetes berumur 18 tahun dan ke atas meningkat kepada 31 peratus tahun ini berbanding 15.2 peratus pada 2011.

“Kami bimbang kerana semakin ramai orang muda menghidap diabetes sedangkan penyakit NCD ini dahulunya hanya dihidapi mereka yang lebih tua,” katanya semasa berucap pada seminar ‘Kesihatan dan Nutrisi: Penambahbaikan ialah Usaha Bersama’ anjuran Kumpulan Pengilang Makanan Malaysia dalam Persekutuan Pengilang-pengilang Malaysia (FMM-MAFMAG) baru-baru ini. – DHIYA’ZULHILMI DAUD

- See more at: http://www.utusan.com.my/gaya-hidup/kesihatan/bahaya-diabetes-serang-gen-y-1.140070#sthash.XNAhx3nU.dpuf

Hampir Seminggu Jenazah Masih di Dalam Kontainer

Korban berjatuhan dalam insiden Mina. 
MINA, BPOST - Meninggal secara tragis dan mendapat perlakuan yang menyesakkan dada. Itulah yang dialami ribuan haji yang meninggal dalam Tragedi Mina, di Arab Saudi.

Betapa tidak, jenazah-jenazah mereka hingga hampir seminggu pascakejadian itu belum bisa dimakamkan, bahkan masih ditumpuk-ditumpuk di dalam lima kontainer.

Alasannya, proses identifikasi masih dilakukan.

Tuesday, September 29, 2015

Bayam Duri

Bayam Duri(Amaranthus Spinousus, Linn.)
Uraian :
Bayam duri (amaranthus spinousus) termasuk jenis tanaman amaranth.Tumbuhan ini mempunyai batang lunak atau basah, tingginya dapat mencapai 1 meter. Sebagai tanda khas dari tumbuhan bayam duri yaitu pada pohon batang, tepatnya di pangkal tangkai daun terdapat duri, sehingga orang mengenal sebagai bayam duri.Bentuk daunnya menyerupai belahan ketupat dan berwarna hijau. Bunganya berbentuk bunga bongkol, berwarna hijau muda atau kuning. Bayam duri banyak tumbuh secara liar di pekarangan rumah, ladang atau di jalan-jalan kampung. Bayam duri tumbuh baik di tempat-tempat yang cukup sinar matahari dengan suhu udara antara 25 - 35 Celcius.

Nama Lokal :
Bayem eri, bayem raja, bayem roda, bayem cikron (Jawa); Senggang cucuk (Sunda), Bayam keruai (Lampung); Ternyak duri, ternyak lakek (Madura), Podo maduri (Bugis); Thorny amaranthus (Inggris), Bayam Duri (Indonesia);

Penyakit Yang Dapat Diobati :
Kencing Nanah, Kencing tidak lancar, Bronkhitis, Produksi ASI; Tambah Darah, Eksim, Bisul, Demam;

Komposisi :
KANDUNGAN KIMIA : Bayam duri mengandung amarantin, rutin, spinasterol, hentriakontan, tanin, kalium nitrat, garam fosfat, zat besi, serta Vitamin (A, C, K dan piridoksin=B6).

Turi Merah

Turi
(Sesbania grandiflora (L.) Pers.)
Uraian :
Turi umumnya ditanam di pekarangan sebagai tanaman hias, di tepi jalan sebagai pohon pelindung, atau ditanam sebagai tanaman pembatas pekarangan. Tanaman ini dapat ditemukan di bawah 1.200 m dpl. Pohon 'kurus' berumur pendek, tinggi 5-12 m, ranting kerapkali menggantung.

 Kulit luar berwarna kelabu hingga kecoklatan, tidak rata, dengan alur membujur dan melintang tidak beraturan, lapisan gabus mudah terkelupas. Di bagian dalam berair dan sedikit berlendir. Percabangan baru keluar setelah tinggi tanaman sekitar 5 m. Berdaun majemuk yang letaknya tersebar, dengan daun penumpu yang panjangnya 0,5-1 cm. Panjang daun 20-30 cm, menyirip genap, dengan 20-40 pasang anak daun yang bertangkai pendek. Helaian anak daun berbentuk jorong memanjang, tepi rata, panjang 3-4 cm, lebar 0,8-1,5 cm. Bunganya besar dalam tandan yang keluar dari ketiak daun, letaknya menggantung dengan 2-4 bunga yang bertangkai, kuncupnya berbentuk sabit, panjangnya 7-9 cm. Bila mekar, bunganya berbentuk kupu-kupu.

 Ada 2 varietas, yang berbunga putih dan berbunga merah. Buah bentuk polong yang menggantung, berbentuk pita dengan sekat antara, panjang 20-55 cm, lebar 7-8 mm. Biji 15-50, letak melintang di dalam polong. Akarnya berbintil-bintil, berisi bakteri yang dapat memanfaatkan nitrogen, sehingga bisa menyuburkan tanah. 

Daun, bunga dan polong muda dapat dimakan sebagai sayur atau dipecel. Daun muda setelah dikukus kadang dimakan oleh ibu yang sedang menyusui anaknya untuk menambah produksi asi, walaupun baunya tidak enak dan berlendir. Bunganya gurih dan manis, biasanya bunga berwarna putih yang dikukus dan dimakan sebagai pecel. Daun dan ranting muda juga merupakan makanan ternak yang kaya protein. Turi juga dipakai sebagai pupuk hijau.

Daunnya mengandung saponin sehingga dapat digunakan sebagai pengganti sabun setelah diremas-remas dalam air untuk mencuci pakaian. Sari kulit batang pohon turi digunakan untuk menguatkan dan mewarnai jala ikan. Kulit batang turi merah kadang dijual dengan nama kayu timor. 

Turi berbunga merah lebih banyak dipakai dalam pengobatan, karena memang lebih berkhasiat. Mungkin kadar taninnya lebih tinggi, sehingga lebih manjur untuk pengobatan luka ataupun disentri. Perbanyakan dengan biji atau stek batang.

Nama Lokal :
Turi, toroy, (Jawa). turi (Sumatera). tuli, turi, turing, ulingalo,; suri, gongo gua, kaju jawa (Sulawesi). tuwi, palawu, kalala; gala-gala, tanumu, ghunga, ngganggala (Nusa tenggara);

Penyakit Yang Dapat Diobati :
Sariawan, disentri, diare, scabies, cacar air, keseleo, terpukul, ; Keputihan, batuk, beri-beri, sakit kepala, radang tenggorokan; Demam nifas, produksi ASI, hidung berlendir, batuk, rematik, luka;
Pemanfaatan :

BAGIAN YANG DIPAKAI: Kulit batang, bunga, daun, akar.

KEGUNAAN:
Kulit batang (terutama bagian pangkalnya):
- Sariawan
- Disentri, diare
- Scabies
- Cacar air
- Demam dengan erupsi kulit

Daun:
- Keseleo
- Memar akibat terpukul (hematoma)
- Luka
- Keputihan (fluor albus)
- Batuk
- Hidung berlendir, sakit kepala
- Memperbanyak produksi ASI
- Beri-beri
- Demam nifas
- Radang tenggorokan

Bunga:
- Memperbanyak dan memperlancar pengeluaran ASI
- Hidung berlendir

Akar:
- Pegal linu (rheumatism)
- Batuk berdahak

PEMAKAIAN :
Untuk minum: Kulit batang turi merah bagian pangkal sebesar ibu jari direbus.
Pemakaian luar : Kulit batang secukupnya ditumbuk halus, untuk pemakaian setempat seperti scabies. Daun segar setelah ditumbuk halus, diikatkan pada bagian tubuh yang memar atau keseleo.

CARA PEMAKAIAN:
1. Sariawan
a. Kulit batang segar secukupnya diremas-remas dalam air, untuk
kumur-kumur. Lakukan 3 kali sehari.
b. Kulit batang sebesar ibu jari direbus, minum. Lakukan beberapa
kali.

2. Sariawan, sakit tenggorokan :
Daun secukupnya dicuci bersih lalu diremas-remas dalam air matang.
Digunakan untuk kumur-kumur pada tenggorokan (gargle).

3. Radang tenggorokan :
Segenggam daun turi merah direbus dengan air bersih secukupnya.
Setelah dingin disaring, airnya dipakai untuk kumur-kumur. Lakukan
kumur-kumur sebanyak 4 kali sehari.

4. Disentri berak darah:
Kulit batang sebesar ibu jari dari pohon turi yang bunganya merah
direbus dengan 2 gelas air bersih sampai tersisa 1 gelas, setelah
dingin disaring, lalu diminum. Lakukan 2 kali sehari.

5. Kuku jari bengkak akibat tersandung atau terpukul:
Daun secukupnya dicuci bersih lalu ditumbuk halus. Taruh diatas
kuku yang sakit dan kulit sekitarnya, lalu dibalut. Ganti 2-3 kali
sehari. Bekukan darah dibawah kuku akan hilang dan sakitnya akan
berkurang.

6. Keputihan:
Segenggam daun turi putih dan kunyit sebesar ibu jari dicuci bersih
lalu digiling halus. Tambahkan 3/4 cangkir air minum, diaduk merata
lalu diperas dan disaring, minum. Lakukan 2 kali sehari.

7. Batuk:
Daun turi merah dan daun inggu masing-masing 1 genggam dicuci
lalu ditumbuk halus, tambahkan air perasan sebuah jeruk pecel.
Aduk merata, lalu diperas dan disaring, minum.

8. Batuk berdahak:
Akar turi sebesar jari telunjuk dicuci bersih lalu digiling halus,
tambahkan 1/2 cangkir air masak dan 1 sendok madu. Aduk sampai
merata, lalu diperas dan disaring dengan sepotong kain. Minum.

9. Penambah ASI:
a. Daun turi yang masih muda dikukus, dimakan sebagai lalab
matang.
b. Bunga dari turi putih dimasak, makan.

10. Pegal linu:
Akar dari pohon turi berbunga merah secukupnya digiling halus,
tambahkan sedikit air sampai menjadi adonan seperti bubur.
Gosokkan kebagian badan yang sakit.

11. Cacar air, demam dengan erupsi kulit:
Kulit batang sebesar ibu jari direbus dengan air secukupnya.
Setelah dingin disaring, minum.

12. Hidung berlendir, sakit kepala:
Segenggam daun dan bunga digiling halus, tambahkan 1/2 cangkir
air masak. Aduk merata, lalu diperas dan disaring. Minum.

13. Demam nifas:
Daun turi 1/3 genggam dicuci bersih lalu digiling sampai halus.
Tambahkan 3/4 cangkir air minum dan sedikit garam. Diperas dan disaring, lalu diminum

Komposisi :
SIFAT KIMIAWI DAN EFEK FARMAKOLOGIS: Bunga: Pelembut kulit, pencahar, penyejuk. Kulit batang: Mengurangi rasa sakit (analgetik), penurun panas (anti piretik), pencahar, pengelat (astringen), perangsang muntah, tonik. Daun: Mencairkan gumpalan darah, menghilangkan sakit, pencahar ringan, peluruh kencing (diuretik). KANDUNGAN KIMIA: Kulit batang: Tanin, egatin, zantoagetin, basorin, resin, calsium oksalat, sulfur, peroksidase, zat warna. Daun: Saponin, tanin, glikoside, peroksidase, vitamin A dan B. Bunga: Kalsium, zat besi, zat gula, vitamin A dan B

Monday, September 28, 2015

PATIKAN KERBAU


Patikan Kerbau

Patikan Kerbau
(Euphorbia hirta, Linn.)

Uraian :
Patikan kerbau (Euphorbia hirta) merupakan suatu tumbuhan liar yang banyak ditemukan di daerah kawasan tropis. Di Indonesia tumbuhan Patikan kerbau dapat ditemukan diantara rerumputan tepi jalan, sungai, kebun-kebun atau tanah pekarangan rumah yang tidak terurus. Biasanya patikan kerbau ini hidup jadi satu dengan Patikan Cina (Euphorbia Prostrata, Ait) pada ketinggian 1 - 1400 meter di atas permukaan laut. Tumbuhan patikan kerbau mampu bertahan hidup selama 1 tahun dan berkembang biak melalui biji. Patikan kerbau mempunyai warna dominan kecoklatan dan bergetah. Banyak pohonya memiliki cabang dengan diameter ukuran kecil. Daun Patikan kerbau mepunyai bentuk bulat memanjang dengan taji-taji. Letak daun yang satu dengan yang lain berhadap-hadapan. Sedang bunganya muncul pada ketiak daun. Patikan kerbau hidupnya merambat (merayap) di tanah.

Nama Lokal :
Fei Yang Cao (Cina), Amanpat chaiarisi (India),; Gelang susu (Malaysia), Patikan Kerbau (Indonesia); Nanangkaan (Sunda), Patikan Kebo, Patikan Jawa (Jawa); Kak sekaan (Madura), Sosononga, Lobi-lobi (Halmahera);

Penyakit Yang Dapat Diobati :
Radang tenggorokan, Bronkhitis, Asma, Disentri, Radang perut; Diare, Kencing darah, Radang kelenjar susu, Payudara bengkak; Eksim;

Pemanfaatan :
1. Radang tenggorokan
Bahan: daun patikan kerbau secukupnya.
Cara membuat: diseduh dengan air panas secukupnya;
Cara menggunakan: disaring dan dipakai untuk kumur.

2. Bronkhitis
Bahan: 1 genggam daun patikan kerbau dan 1/2 botol Coca Cola;
Cara membuat: kedua Bahan tersebut direbus sampai mendidih;
Cara menggunakan: disaring dan diminum 3 kali sehari 1/2 cangkir.

3. Asma
Bahan: 1 genggam daun patikan kerbau kering;
Cara membuat: direbus dengan 2-3 gelas air sampai mendidih;
Cara menggunakan: disaring dan diminum 2 kali sehari 1/2 gelas,
pagi dan sore.

4. Disentri, Radang perut, Diare dan Kencing darah
Bahan: 1 genggam daun patikan kerbau dan 1 potong gula batu;
Cara membuat: direbus bersama-sama dengan 3 gelas air sampai
mendidih;
Cara menggunakan: disaring dan diminum 2 kali sehari, pagi dan
sore.


5. Radang Kelenjar Susu atau Payu Dara Bengkak :
Bahan: 1 genggam daun patikan kerbau dan 2 sendok kedelai;
Cara membuat: kedua Bahan tersebut direbus dengan 3-5 gelas air
sampai mendidih;
Cara menggunakan: diminum 2 kali sehari 1 cangkir.

Selain itu dibuat pula tapal untuk payu dara :
Bahan: daun patikan kerbau yang masih segar dan garam dapur
secukupnya;
Cara membuat: ditumbuk halus dan ditambah garam dapur
secukupnya, diaduk sampai merata;
Cara menggunakan: ditempel pada bagian payu dara yang sakit.

6. Eksim
Bahan: daun patikan kerbau secukupnya;
Cara membuat: direbus dengan air secukupnya;

Cara menggunakan: dipakai untuk mencuci bagian yang sakit.

Friday, September 25, 2015

Khasiat Biji Rambutan untuk Kesihatan, Diabetes & Sakit Pinggang

Khasiat Biji Rambutan

Buah rambutan (nephelium lappaceum) merupakan tanaman tropis yang tergolong dalam suku Sapincia Ceap atau lerak-lerakan. Tanaman ini berasal dari kepulauan Asia Tenggara yang banyak ditanam sebagai pohon buah atau bisa kita temukan sebagai tumbuhan liar di luar jawa.

Rambutan memiliki kandungan karbohidrat, lemak, protein, fosfor, besi, vitamin C dan kalsium. Kulit buahnya mengandung tannin dan saponin. Bijinya mengandung polifenol dan lemak, kulit batangnya mengandung tannin, flavonida, saponin, zat besi dan pectic substance. Sedangkan daun rambutan mengandung saponin dan tannin. Di dalam buah rambutan tersimpan khasiat sebagai obat yang tidak ternilai harganya. Menurut kajian pakar tanaman obat setiap 100 gram mengandung 69 kalori, 58 mg vitamin, dan 18,1 gram karbohidrat. Buah rambutan juga memiliki kadar serat yang cukup tinggi, sekitar 2 gram per 100gram berat buah. Dengan banyaknya kandungan di dalam rambutan, akan cocok bagi kesehatan dan bagi orang – orang yang tengah berdiet.

Manfaat Biji Rambutan

Manfaat Biji Rambutan
Biji buah rambutan dapat dijadikan sebagai obat kencing manis. Berdasarkan hasil penelitian yang dilakukan oleh ahli gizi, Pram Pramono, bahwa ekstrak methanol pada biji rambutan mengandung senyawa falvonoid dan fenolik. Ekstrak methanol tersebut mengandung senyawa yang terdiri dari 5 fenolik (flavonoid) dan 1 fenolik bukan flavonoid. Manfaat dari ekstrak methanol tersebut mempunyai aktivitas hipoglikemik jadi berpotensi membantu pasien yang mengidap diabetes. Selain itu biji rambutan juga dipercaya bisa mengobati sakit pinggang.

Cara Membuat Obat Herbal dari Biji Rambutan
Siapkan 5 biji rambutan dari buah yang matang.
Pisahkan biji dari daging buahnya, setelah itu silahkan dibersihkan.
Selanjutnya potong menjadi beberapa potongan kecil-kecil dan sangrai dengan api sedang
Setelah berubah warnanya menjadi kuning kecoklatan, matikan api kemudian tiriskan di dalam wadah, biarkan sampai dingin.
Selanjutnya blender atau tumbuk biji rambutan yang telah disangrai tersebut sampai mendapatkan tekstur yang lembut dan halus.
Setelah itu, sedu bubuk biji rambutan dengan air panas, biarkan seduhan tersebut dingin dan air terpisah dari ampasnya.
Minum seduhan tersebut 1-3 kali sehari, 30 menit sebelum makan. Dan apabila mengidap diabetes parah konsumsi lah setiap hari secara rutin.

Ternyata khasiat biji rambutan untuk diabetes dan sakit pinggang bisa dibuat sendiri dengan mudah ramuannya. Semoga membantu !

Wednesday, July 22, 2015

WSJ sedang mencabar Pahlawan Bugis

SHAHBUDIN HUSIN | 22 Julai 2015.

Najib Razak barangkali merupakan Perdana Menteri Malaysia yang akan tercatat dalam sejarah kerana paling banyak mengambil tindakan undang-undang terhadap pemimpin pembangkang dan media yang tidak sehaluan dengannya.

Sehingga ini, sekurang-kurangnya tiga pemimpin pembangkang iaitu Pengerusi DAP Selangor Tony Pua, Naib Presiden yang juga Setiausaha Agung PKR Rafizi Ramli dan Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming telah disamannya.

Ketiga-tiga mereka juga adalah Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Pandan dan Taiping.

Media yang disamannya pula ialah Harakahdaily dan Malaysiakini.

Jika akhbar perniagaan The Wall Street Journal (WSJ) juga turut disamannya dalam waktu terdekat ini, ia akan menjadi pihak keenam yang diambil tindakan undang-undang Najib.

Semalam tempoh 14 yang diberi oleh Najib kepada penerbit WSJ terhadap tuntutan penjelasannya sama ada laporan akhbar itu bermaksud Najib menyeleweng atau sebaliknya sudah pun berakhir.

WSJ tidak memberi sebarang respon atau "bo layan" terhadap tuntutan Perdana Menteri dan ianya secara jelas bermaksud mereka hanya ingin berhujah dan mengemukakan bukti-bukti mengenai pengaliran masuk dana RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi Najib sebagaimana dilaporkan sebelum ini di mahkamah saja.

Ia adalah cabaran terbuka yang sedang dilontarkan oleh WSJ terhadap Najib sama ada berani meneruskan saman atau sebaliknya. Dan sepatutnya sebagai Pahlawan Bugis yang gagah berani, waima kononnya sehingga bumi berkeping dua sekali pun, tindakan saman tidak harus dilengah-lengahkan lagi.

Namun peguam Najib, sepertimana yang dilaporkan oleh media, sedang menunggu arahan selanjutnya mengenai perkara tersebut.

Sekarang segala-galanya terserah kepada Najib, dunia sedang menanti sama ada beliau berdarah Bugis sejati atau tidak lagi.

Menjadi Perdana Menteri Malaysia keenam dan tempoh pentadbirannya juga baru melepasi enam tahun, tetapi sejarahnya telah terukir dengan enam tindakan undang-undang tentulah merupakan satu lagi "mercu tanda" kukuh segagah KLCC dan Putrajaya yang bakal diingati tentang makna sebenar kebebasan dan keterbukaan yang diamalkannya.

Tidak seperti Perdana Menteri sebelumnya, mereka juga berhadapan dengan kritikan dan serangan media, tetapi jarang sekali memilih untuk mengambil tindakan saman. Ini kerana sebagai ketua negara dalam sebuah negara demokrasi, kritikan, serangan dan kadang-kadang fitnah, adalah lumrah serta asam garam dalam kehidupan seharian.

Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, Tun Razak dan Tun Hussein mungkin tidak banyak menerima serangan, kritikan dan fitnah kerana negara ketika itu masih di peringkat awal pembangunan dan masyarakatnya belum begitu berkembang, tetapi harus diakui Tun Mahathir dan Tun Abdullah hampir sepanjang masa pentadbirannya tidak pernah sunyi dengannya.

Berapa banyak agaknya tindakan saman yang diambil oleh Tun Mahathir dan Tun Abdullah kepada pemimpin pembangkang serta media di era pemerintahan mereka?

Wibawa dan hebatnya seorang Perdana Menteri yang hampir seluruh kehidupannya ditanggung oleh cukai rakyat bukanlah dengan menutup mulut pengkritiknya melalui tindakan undang-undang, sebaliknya sejauh mana mampu memberikan penjelasan terhadap setiap perkara yang dibangkitkan.

Sebab itu, antara punca Tun Mahathir terus disanjung ialah keupayaannya memberi hujah dan penjelasan terhadap apa juga isu yang ditujukan terhadapnya. Di eranya, beliau bukan saja dituduh memiliki kekayaan luar biasa, menghilangkan wang negara, membantu kroni dan mengamalkan nepotisme - sesuatu yang tidak banyak bezanya dengan Najib, malah dituduh "maha zalim" dan "maha firaun".

Setiap tuduhan, tohmahan dan fitnah yang dilemparkan kepadanya, Tun Mahathir hanya memilih untuk memberi jawapan dan penjelasan yang mampu meyakinkan rakyat saja, bukannya menyaman mereka.

Menjadi pemimpin, lebih-lebih lagi ketua negara, tidak banyak bezanya dengan mendirikan rumah di tepi pantai. Deru dan pukulan ombak adalah mainan seharian. Bunyi dan mainan ombak juga adalah penyeri dan hiburan sehari-hari.

Seronokkah berumah di tepi pantai jika tiada bunyi ombak yang didengar dan dirasai setiap hari?

Orang yang memilih berumah di tepi pantai biasanya hanya perlu membina struktur rumahnya lebih kukuh bersesuaian dengan cabaran cuaca dan pukulan ombak yang mungkin boleh membawa kerosakan, tetapi tentulah amat ganjil dan "poyo" jika tinggal di tepi pantai tapi membina benteng penahan ombak di tepi laut lantaran tidak mahu terganggu dengan desirannya. - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Tuesday, July 21, 2015

Surat Terbuka Kepada Ahli PAS "Di Lema 'Aqidah Dan Pendekatan"

Butiran Diterbitkan: 21 Julai 2015
 Ditulis oleh Abdul Hadi Awang
Menemui semua ahli PAS semoga berada dalam limpahan rahmat Allah SWT,

Setiap pengikut perjuangan Islam wajib menyedari dan faham, bahawa ada dua aspek penting dalam perjalanan perjuangan Islam yang sangat mencabar. Gagalnya kita memahaminya, boleh mneyebabkan ada kalangan yang kecundang atau tercicir di tengah jalan dalam perjalanan perjuangan ini, kerana tidak menghayatinya dengan betul. Kedua-dua aspek tersebut mewajibkan hidayah, melalui ilmu, kebijaksanaan dan terpentingnya memohon petunjuk Allah dengan khusyu’ setiap rakaat salat dan bila-bila masa sahaja.

Pertama : ‘Aqidah perjuangan; dan kedua : pendekatan yang dilakukan, beramal, dakwah dan melaksanakan Islam bagi membawa rahmatnya kepada seluruh manusia.

Kedua-dua aspek ini dilakukan oleh Rasulullah S.A.W. bersama para sahabatnya R.A. yang setia bersamanya dengan petunjuk Allah daripada al-Quran, dalam semua keadaan. Ianya ditunjukkan dalam Marhalah Makiyyah dan Madaniyyah, iaitu di masa lemah dan kuat, di masa belum wujudnya negara dan setelah tegaknya negara.

Pertama

Beristiqamah bersama aqidah perjuangan Islam adalah sangat berbeza dengan perjuangan yang hanya bergantung kepada ideologi ciptaan manusia.

Ianya menuntut kita tetap bersama Islam dengan keimanan kepada Allah dengan segala nama dan sifatnya yang mulia. Islam adalah benar, rahmat dan adil, dalam segala hukumnya yang wajib, sunat, makruh, haram dan harus. Percaya kepada janji Allah daripada dunia sehingga akhirat, walau pun perkaranya ghaib dan tidak dapat dicapai oleh akal dan panca indera. Perkara aqidah adalah tetap dan tidak berubah dan tidak boleh diubah; walau apapun dugaannya.

Kedua

Aspek ini menuntut kita beristiqamah melaksanakan pendekatan yang dizinkan Allah, halal dan haramnya adalah dengan cara yang diizinkan oleh Allah, berhubungan dengan bukan Islam dan musuh dengan cara yang diizinkan Allah juga. Walaupun hukumnya dari segi aqidah tegas dan tetap.

Sirah Nabawiyyah melaporkan pendekatan Rasulullah S.A.W. menerima perlindungan keluarganya yang dipimpin oleh Abu Tolib di atas semangat kekeluargaan tanpa menerima Islamnya, menerima pembelaan salah seorang pemimpin kaumnya Mut’im bin ‘Adi yang menentang kezaliman walaupun dia bukan Islam, meminta khidmat petunjuk jalan berhijrah ke Madinah daripada seorang bukan Islam bernama Abdullah bin ‘Uraiqit dengan keimanan menegakkan negara di Madinah dan menjanjikan hadiah gelang emas kerajaan Parsi kepada Suraqah bin Malik, musuh yang datang untuk membunuhnya di tengah jalan.

Hakikatnya ialah, apabila Abu Tolib dan lain-lain menawarkan keamanan dengan meninggalkan aqidah, maka ianya ditolak dengan keras. Apabila pemimpin Makkah menawarkan pertabalan menjadi raja yang berkuasa dan tawaran harta kekayaan dengan syarat meninggalkan aqidah perjuangan maka ditolak dan bersedia untuk mati kerana mempertahan aqidah dan perjuangannya.

Sikap yang sama ditunjukkan oleh semua para sahabat R.A. ketika berada di-Makkah, sehingga bersama melakukan Hijrah yang menghasilkan kejayaan. Maka bersabdalah Rasulullah S.A.W.

(Sesungguhnya semua amalan itu mestilah mengikut niatnya, dan setiap orang akan menerima ganjaran dan akibat mengikut niat masing-masing. Sesiapa yang melakukan hijrah kerana Allah dan Rasul, nescaya dia mendapat fadilat hijrah kerana Allah dan Rasul. Sesiapa yang niat hijrahnya kerana dunia, atau seperti kerana mengikut wanita yang hendak dinikahinya maka terimalah dia mengikut naitnya itu).

Hadis ini adalah bersempena dengan peristiwa Hijrah dan menjadi dalil kepada semua amalan seseorang. Hijrah adalah pendekatan, wujudnya aspek “niat” adalah menunjukkan bahawa urusan hijrah ini mempunyai “aqidahnya”. Allah melakukan penapisan dunia sebelum penapisan akhirat.

Apabila tegaknya negara di Madinah, Allah secara tegas menunjukkan jalan istiqamah di antara Aqidah dan pendekatan kepada Rasulullah S.A.W. dan para sahabatnya, dalam keadaan yang lebih mencabar dalam masyarakat majmuk berbagai agama, kaum dan sikap. Islam, bukan Islam dan munafik. Allah berfirman:

Semoga Allah akan mengadakan perasaan kasih sayang antara kamu dengan orang-orang yang kamu musuhi dari kerabat kamu itu (dengan jalan menjadikan mereka insaf dan memeluk Islam) dan (ingatlah), Allah Maha Kuasa (atas tiap-tiap sesuatu), dan Allah Maha pengampun, lagi Maha Mengasihani. Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu) dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. Sesungguhnya Allah hanyalah melarang kamu daripada menjadikan teman rapat orang-orang yang memerangi kamu kerana agama (kamu) dan mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu, serta membantu (orang lain) untuk mengusir kamu dan (ingatlah), sesiapa yang menjadikan mereka teman rapat, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Mumtahanah:7-9)

Ayat-ayat al-Quran tersebut bermaksud bahawa Allah menunjukkan kepada kita supaya berlaku baik kasih sayang terhadap seluruh manusia mengikut sempadannya. Maka Rasulullah S.A.W, menjalinkan segala pendekatan hubungan dengan kalangan bukan Islam, secara bertahaluf, berta’awun, berdamai, memaaf kesalahan dan lain-lain.

Apabila berlakunya sikap bermusuh yang mahu merosakkan Aqidah maka dibatalkan segala bentuk hubungan walupun terhadap kaumnya di Makkah. Menunjukkan banyaknya keterbukaan dalam perkara pendekatan dan sangat tegas dalam perkara Aqidah perjuangan.

Maka setiap ahli PAS mestilah bersama dengan jama’ah yang ditubuhkan di atas prinsip dan matlamat beraqidah yang teguh bersama konsep pendekatannya, dan wajib beristiqamah mengikut kenyataan nas serta sejarah.

Sesiapa yang mengikuti perjalanan bersama atau membaca sejarah PAS, akan menyaksikan gelombang dan liku perjuangan dan hilangnya pemimpin paling tinggi, ahli biasa atau penyokong secara sendirian atau tenggelam bersama parti dan pertubuhan yang dijadikan bahteranya.

Adapun perkara yang akan datang berada dalam ilmu Allah dan kita diwajibkan mengambil iktibar serta sentiasa berilmu, berdoa dan bertawakkal kepada Allah.

Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Friday, June 19, 2015

DAP memulakan 'game', DAP juga mengakhirinya

HARAKAHDAILY 
KUALA LUMPUR: "Saya melihat ini satu ‘game’ yang telah lama dimulakan oleh DAP dengan mengambil kesempatan dalam beberapa isu intra koalisi Pakatan Rakyat serta berterusan menyerang peribadi Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang," ujar Khairil Nizam Khirudin.

Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia itu merujuk kepada laporan berita RoketKini bertarikh 16 Jun 2015, mesyuarat Jawatankuasa Pusat DAP telah membuat keputusan bahawa Pakatan Rakyat sudah tidak lagi wujud atau mati.

"PAS telah beberapa kali mengulangi ketetapan bahawa kami tidak akan bekerjasama dengan Umno apatah lagi membentuk Kerajaan Perpaduan dengan parti tersebut," tulisnya menerusi facebook.

Kataya, kenyataan Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man selepas Muktamar Tahunan PAS telah menegaskan perkara itu.

Begitu juga, katanya isu yang dipertikaikan oleh DAP mengenai pertukaran Menteri Besar Selangor yang turut dijawab dengan baik walaupun ia berpunca daripada tindakan kontroversi beberapa pihak yang bermula dengan Kajang Move.

Tambahnya, wakil pimpinan PAS juga telah memberikan penjelasan serta dialog bersama pimpinan DAP berhubung isu implementasi Enakmen Kanun Jenayah Syariah II Kelantan.

Ini, kata beliau menunjukkan bahawa segala isu yang dibangkitkan telah dijawab oleh PAS.

Namun, ujarnya sehingga laporan berita RoketKini semalam, DAP masih terus memfitnah PAS dan Presiden secara khususnya.

Parti tersebut juga, katanya telah mengambil keputusan drastik sebelum ini dengan membatalkan kerjasama politik di Sarawak, Sabah dan terakhir memutuskan hubungan dengan Presiden PAS pada 24 Mac 2015.

Kemudian, tambah beliau DAP secara konsisten menyerang hampir setiap hari dan mencampuri urusan dalaman pemilihan PAS menjelang Muktamar Tahunan PAS yang lalu.

Menurutnya, perkara itu turut disedari dan ditempelak oleh beberapa pimpinan PAS yang turut kalah dalam pemilihan baru-baru ini.

"Tindakan-tindakan melampau DAP inilah yang memaksa Dewan Ulamak PAS Pusat membuat reaksi dan mengusulkan satu usul tergempar bagi memutuskan hubungan dengan DAP dan kekal di dalam Pakatan Rakyat.

"Walau bagaimanapun, ia dengan syarat mendapat persetujuan daripada Majlis Syura Ulamak PAS," ujarnya yang juga Ketua Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan.

Katanya lagi, kenyataan Lim Guan Eng sejurus selepas mesyuarat jawatankuasa parti berkenaan harus merujuk kepada kenyataan kontradik Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali yang masih rasional mempertimbangkan situasi yang berlaku.

Beliau menambah, Azmin masih optimis dengan kerjasama Pakatan Rakyat di Selangor dan menolak pilihan untuk membubarkan Dun.

"Dalam sandiwara ini, DAP dilihat terlalu ofensif, gopoh dan terburu-buru menyerang PAS. Mereka sendiri yang memulakan ‘game’ ini dan mereka sendiri yang akhirnya mematikan Pakatan Rakyat.

"Kami dari Dewan Pemuda PAS Malaysia sekali lagi menekankan yang kami bersama-sama Presiden PAS dan kepimpinannya untuk bersama-sama komited dalam bertahalluf dengan Pakatan Rakyat selagi mana ia selari dengan ketetapan syara yg digariskan oleh Majlis Syura Ulamak," tegasnya. - HARAKAHDAILY

Pakatan: Presiden PAS ulas Kenyataan Guan Eng

KHAIRUL AZLAM MOHAMAD
MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menjelaskan bahawa persetujuan bertulis pernah dibuat bersama antara tiga parti dalam Pakatan Rakyat bagi menghormati hak masing-masing.

“Sebab itu, kita (PAS) memberi peringatan acap kali dan sudah diadakan tandatangan bersama iaitu mereka menerima hak kerajaan Kelantan yang dipimpin oleh PAS untuk membuat sesuatu bagi melaksanakan Islam.

“Hak dia (DAP) tidak setuju terpulang kepada dia, tapi dia (DAP) hendak nasihat supaya kita berhenti itu tidak bolehlah,” ujarnya kepada media selepas menyampaikan kuliah mingguan di Masjid Rusila, pagi tadi.

Beliau menjelaskan demikian ketika mengulas tindakan DAP menentang RUU persendirian yang dibawa oleh PAS ke Parlimen, baru-baru ini.

Namun, katanya PAS telah mencapai satu kejayaan apabila berjaya menarik orang bukan Islam menjadi ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) dalam sayap parti.

Berikut adalah transkrip ringkas soal jawab beliau bersama media.

Soalan: Sekarang ini apa yang akan PAS buat kepada DAP yang telah bubar Pakatan Rakyat, adakah PAS masih lagi mahu berada dalam pakatan?

Jawapan: Pertama, bila disebut pakatan bermakna banyak parti dan bukan satu parti sahaja. Jika hanya satu parti buat keputusan itu bukan pakatan. Pakatan ini kena ada dua sekurang-kurang atau pun banyak (parti). Dalam hal ini kita faham apa makna pakatan. Sehingga hari ini, PKR masih tidak buat apa-apa kenyataan dan DAP telah membuat kenyataan dia. Ada pun dari segi buat keputusan PAS ini bukan milik saya seorang. PAS ini milik pimpinan secara kolektif dan dengan sebab itu saya perlu merujuk kepada kepimpinan PAS dan termasuklah yang menjaga teras kepada dasar PAS iaitu Majlis Syura Ulamak.

Pada Datuk Seri, adakah Datuk Seri sebagai Presiden PAS boleh terima kenyataan Lim Guan Eng yang mendakwa tidak wujud lagi Pakatan Rakyat?

Itu kenyataan peribadi dan pada saya itu satu kenyataan yang tidak tepat kerana satu parti itu bukan pakatan. Pakatan mesti merangkumi banyak parti yang ada dalam pakatan itu. Boleh buka Kamus Dewan tengok apa makna pakatan.

Pada Datuk Seri, status Pakatan Rakyat itu masih wujud?

Ya, sehingga kini masih wujud.

Tetapi, Datuk Seri, Lim Guan Eng kata PKR juga telah menyatakan Pakatan Rakyat juga sudah tidak wujud lagi?

Saya melihat Kamus Dewan apa makna pakatan dan dengan sebab itu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak membuat kenyataan yang menunjukkan kita berpisah. Dan ini menunjukkan pakatan antara dua parti masih ada. Manakala, dengan DAP sehingga hari ini kita masih belum dapat satu keputusan secara rasmi dan kita dapat melalui media sahaja.

Maknanya PAS akan bekerjasama dengan PKR sahaja?

Kita bekerjasama dengan semua parti yang tidak cauvinis, itu sikap kita.

Datuk Seri, dalam muktamar PAS mahu melihat semula tahaluf siasi. Tapi, apabila pendekatan yang dibuat oleh Lim Guan Eng dalam soal bubar pakatan ini, maksudnya PAS masih mahu pertahankan pakatan ini atau masih menunggu MSU untuk membuat keputusan?

Pakatan Rakyat dibubarkan dan terbubar dengan sendirinya apabila semua parti dalam Pakatan Rakyat keluar daripada pakatan atau dipecat semua tinggal satu sahaja. Jika masih ada dua itu masih dalam pakatan.

Bagaimana dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang yang memecat Ahli Majlis PBT. Adakah itu sememangnya DAP mahu memutuskan hubungan dengan PAS, Datuk Seri?

Kerajaan Pulau Pinang bukan sahaja melibatkan dengan PAS termasuklah dengan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan parti PKR masih ada lagi dalam Kerajaan Negeri Pulau Pinang. Sebab itu, keputusan kerajaan negeri mesti keputusan kerajaan yang melibatkan parti yang ada dalam kerajaan itu.

Datuk Seri, yang jelas PAS masih sayangkan Pakatan Rakyat?

Kita sayangkan perpaduan. Perpaduan kaum kerana kita menerima hakikat masyarakat majmuk yang ada di Malaysia.

Pada Datuk Seri, Lim Guan Eng tidak berhak membut keputusan bubar pakatan?

Itu terpulang kepada masyarakat di bawah menilai. Biar masyarakat umum melihat kenyataan dia.

Bila agaknya, Majlis Syura Ulamak (MSU) akan membuat keputusan di antara hubungan PAS dengan DAP?

Itu akan ditentukan dalam mesyuarat yang ditentukan oleh Jawatankuasa PAS Pusat pada bila-bila masa sahaja dalam masa terdekat ini, insya Allah. - HARAKAHDAILY

Tuesday, June 2, 2015

MAS dikhianati oleh ahli politik dan pengurusan tengahnya


oleh Mariam Mokhtar

SEKILAS PANDANG: Perdana menteri dan ahli politik memaksa salah satu aset kebangsaan negara jatuh tertunduk. Tahun demi tahun, MAS menerima anugerah antarabangsa kerana perkhidmatannya yang cemerlang. Jika pekerja MAS ialah aset mereka yang paling berharga, mengapa mereka yang akhirnya menjadi mangsa?

Malah graduan Bumiputera yang paling bijak, di Khazanah, yang mempunyai saham terbesar dalam MAS, perlu merujuk kepada Perdana Menteri. Kedua-dua Khazanah dan MAS, cenderung memberitahu PM apa yang dia mahu dengar. Tiada siapa yang berminat menyelamatkan syarikat penerbangan itu; semua pihak hanya mahu menjaga periuk nasi sendiri. Khazanah perlu mencairkan semua kepentingannya dalam syarikat awam yang disenaraikan.


Jika bukti anekdot boleh dipercayai, salah satu tugas pertama Christoph Mueller (kiri), apabila dia menjadi CEO MAS, pada 1 Mei adalah menentukan jumlah pengurus yang berada dalam MAS. Tiada siapa pun tahu. Ini menimbulkan kekusutan kerana Mueller tidak dapat mengeluarkan rancangan menyelamatkan sehingga dia pasti jumlah pengurus tengah dan rantaian kuasa yang tepat.

Pengurus tengah ialah pihak penghubung antara pihak pengurusan tertinggi dan pekerja bawahan. Jika pengurus tengah enggan memberitahu pengurusan tertinggi apa yang berlaku dengan pekerja bawahan, tidak ada dasar yang boleh dirancang bagi menguruskan MAS dengan berkesan.

Begitu juga, pengurusan tertinggi yang lemah, dan kawalan kuasa yang lemah dalam kalangan pengurus tengah, membenarkan pengurus tengah untuk membina empayar mereka dan melakukan pengurusan yang tidak baik. Ramai pengurus yang didakwa mengawal bajet yang besar, tanpa pengawalan daripada pengurusan tertinggi.

Di sesetengah tempat di luar negara, pengurus tengah di dakwa mengetahui yang ada pengendali beg melakukan tugas untuk syarikat kargo pesaing, seterusnya mengambil perniagaan daripada MAS-Cargo. Walaupun terdapat peraturan ketat, pengurusan tengah ini mengabaikan penyelia mereka yang mengambil makanan yang tidak digunakan, barangan tandas yang diberi percuma, daripada “lounge emas” dan kelab kelas. Orang terkenal menerima elaun beg yang melampau dan di naik taraf.

Jadi, bagaimana MAS mahu mengesan pengampu ini? Mereka ialah kakitangan yang menerima, atau menghantar ahli keluarga diraja, walaupun sedang bercuti. Orang yang sama akhirnya dianugerahkan gelaran Datuk kerana ‘perkhidmatan’ yang diberikan.

Rakyat Malaysia yang bengang mendesak supaya MAS lebih tegas dan berfungis dengan baik, tetapi pernahkah rakyat terfikir dengan rayuan kakitangan yang menjadi mangsa ini? Bukan salah pekerja jika MAS menjadi seperti jabatan Perdana Menteri yang besar itu. Sekurangnya MAS ialah organisasi di seluruh dunia dan bertindak sebagai duta kepada Malaysia. 45,000 kakitangan di jabatan PM pula hanya menjawab kepada perdana menteri.

Sangat tidak bermoral untuk membiarkan pekerja MAS menderita emosi berbulan-bulan lamanya kerana tertanya-tanya adakah mereka masih ada kerja pada bulan Jun. Apabila beberapa orang yang bertuah (yang akan dikekalkan oleh MAS), membuka surat mereka pada 1 Jun, mereka hanya diberikan masa seminggu untuk bersetuju, kepada syarat dan terma baru MAS, yang diberikan kod nama “NewCo”.

Ini ialah masa mencabar untuk semua pekerja MAS, keluarga mereka, dan juga syarikat dan individu yang mempunyai kaitan dengan MAS, daripada agensi pelancongan, sehinggalah pemandu teksi.

Pekerja MAS yang lebih lama dan berpengalaman bimbang yang mereka akan dibuang dahulu kerana gaji mereka yang lebih tinggi.

Pekerja yang muda pula tertanya-tanya bagaimana mereka akan membiayai pinjaman rumah dan kereta, atau membayar pendidikan anak-anak mereka, jika mereka dipecat.

Sebahagian ahli lembaga pengarah pula didakwa menerima imbuhan bulanan lebih daripada RM100,000; sedangkan, pekerja bawahan MAS pula akan dipecat. Pekerja MAS bersedia untuk bekerja keras, bagi memastikan syarikat mereka terus bertahan. Mereka dikhianati oleh kepimpinan lemah berdekad lamanya dan kegagalan untuk memotivasi dan memberikan semangat kepada mereka.

Apabila Aziz Abdul Rahman bersara sebagai pengarah urusan dan CEO pada 1991, MAS mempunyai simpanan tunai sebanyak RM5 bilion.

Pada 1994, Tajuddin Ramli membeli 32% saham MAS, apabila bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad melakukan perjanjian penswastaan dengan kroninya, untuk memberikan pinjaman sebanyak RM1.79 bilion, bagi membeli saham tersebut. Pada 2001, Tajuddin menjual sahamnya, kepada kerajaan, dengan harga yang rendah.

Ahli politik dan barisan lembaga pengarah telah membiarkan MAS jatuh teruk, tetapi kakitangan MAS yang akhirnya terpaksa merasai keperitan kewangan.

- See more at: http://bm.theantdaily.com/Terkini/MAS-dikhianati-oleh-ahli-politik-dan-pengurusan-tengahnya#sthash.7SwBBAZf.dpuf