Tuesday, November 10, 2015

Ayah positif dadah bunuh anak umur sebulan

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 NOVEMBER 2015

Anggota polis memasang amaran larangan memasuki rumah dihuni bayi perempuan dan keluarganya di Pangsapuri Kota Laksamana, Bandaraya Melaka.

BANDARAYA MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui mati dipercayai dibunuh bapanya di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana, di sini, semalam.

Difahamkan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Melaka selepas ibunya berusia 25 tahun membawa bayi yang sudah kaku berkenaan ke hospital untuk rawatan kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi berkenaan mati akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.

"Hasil siasatan awal, kita menganggap kes ini selesai berikutan tangkapan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga bapa kepada bayi tersebut.

"Suspek yang didapati positif methamphetamine kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

No comments:

Post a Comment