Terdapat kes pengguna vape di luar negara mencampurkan dadah di dalam cecair vape yang akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar. – Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.
Kes yang berlaku di luar negara menunjukkan ada pengguna vape mencampurkan dadah di dalam cecair vape, bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dilaporkan berkata.
Perkara ini menurut Najib menjadi trend di Amerika Syarikat, lapor Sinar Harian Online hari ini.
“Caranya adalah dengan melarutkan dadah seperti syabu, marijuana dan lain-lain dadah yang boleh larut dalam air. Kemudian, dadah ini dimasukkan dalam botol vape dan dihisap.
“Perbuatan ini sudah menjadi satu trend di Amerika Syarikat. Jadi bagi saya lebih baik vape diharamkan sebelum budaya mencampurkan dadah dalam vape merebak ke negara ini,” beliau dipetik berkata akhbar itu.
Beliau memberitahu Sinar Harian, penggunaan vape yang mengandungi dadah akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar.
“Ini kerana, pengambilan dadah melalui vape lebih sukar dikesan. Agensi Dadah Amerika Syarikat mendapati dadah ini hanya dapat dikesan dan disahkan melalui ujian makmal.
“Kalau dahulu dadah sintetik diambil dalam bentuk pil atau dihisap dengan cara dadah dibakar di bawah timah.
"Kini dengan vape, kita tidak tahu yang dihisap sama ada dadah atau vape biasa,” beliau dipetik berkata.
Najib yang juga bekas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berkata, sekiranya budaya tersebut merebak ke negara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada golongan belia.
“Kalau kita lihat sekarang pelajar sekolah pun hisap vape. Secara tidak langsung akan memudahkan lagi golongan ini untuk terjebak dengan dadah.
“Malah, pengambilannya boleh dilakukan secara terbuka. Sebab itu kena ada pencegahan daripada sekarang ,” katanya. – 10 November, 2015.
- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/vape-buka-jalan-salah-guna-dadah-kata-bekas-timbalan-ketua-polis#sthash.MXCFGhqH.dpuf

No comments:
Post a Comment