Tuesday, November 10, 2015

Ayah positif dadah bunuh anak umur sebulan

SITI SHAHROSAMIRAH SHAHARMAN
10 NOVEMBER 2015

Anggota polis memasang amaran larangan memasuki rumah dihuni bayi perempuan dan keluarganya di Pangsapuri Kota Laksamana, Bandaraya Melaka.

BANDARAYA MELAKA - Seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui mati dipercayai dibunuh bapanya di sebuah rumah di Pangsapuri Kota Laksamana, di sini, semalam.

Difahamkan, bayi berkenaan disahkan meninggal dunia oleh kakitangan Hospital Melaka selepas ibunya berusia 25 tahun membawa bayi yang sudah kaku berkenaan ke hospital untuk rawatan kira-kira jam 3 pagi.

Ketua Polis Melaka Tengah, Asisten Komisioner Shaikh Abdul Adzis Shaikh Abdullah berkata, hasil bedah siasat yang dijalankan mendapati bayi berkenaan mati akibat pendarahan dalaman dan retak tempurung kepala.

"Hasil siasatan awal, kita menganggap kes ini selesai berikutan tangkapan seorang lelaki berusia 27 tahun yang juga bapa kepada bayi tersebut.

"Suspek yang didapati positif methamphetamine kini ditahan reman bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh," katanya.

Vape buka jalan salah guna dadah, kata bekas timbalan ketua polis

Terdapat kes pengguna vape di luar negara mencampurkan dadah di dalam cecair vape yang akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar.Gambar fail The Malaysian Insider, 10 November, 2015.

Kes yang berlaku di luar negara menunjukkan ada pengguna vape mencampurkan dadah di dalam cecair vape, bekas timbalan ketua polis negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz dilaporkan berkata.

Perkara ini menurut Najib menjadi trend di Amerika Syarikat, lapor Sinar Harian Online hari ini.

“Caranya adalah dengan melarutkan dadah seperti syabu, marijuana dan lain-lain dadah yang boleh larut dalam air. Kemudian, dadah ini dimasukkan dalam botol vape dan dihisap.

“Perbuatan ini sudah menjadi satu trend di Amerika Syarikat. Jadi bagi saya lebih baik vape diharamkan sebelum budaya mencampurkan dadah dalam vape merebak ke negara ini,” beliau dipetik berkata akhbar itu.

Beliau memberitahu Sinar Harian, penggunaan vape yang mengandungi dadah akan menjadikan tugas penguatkuasa membanteras penyalahgunaan dadah lebih sukar.

“Ini kerana, pengambilan dadah melalui vape lebih sukar dikesan. Agensi Dadah Amerika Syarikat mendapati dadah ini hanya dapat dikesan dan disahkan melalui ujian makmal.

“Kalau dahulu dadah sintetik diambil dalam bentuk pil atau dihisap dengan cara dadah dibakar di bawah timah.

"Kini dengan vape, kita tidak tahu yang dihisap sama ada dadah atau vape biasa,” beliau dipetik berkata.

Najib yang juga bekas bekas pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik berkata, sekiranya budaya tersebut merebak ke negara ini dikhuatiri akan memberi kesan kepada golongan belia.

“Kalau kita lihat sekarang pelajar sekolah pun hisap vape. Secara tidak langsung akan memudahkan lagi golongan ini untuk terjebak dengan dadah.

“Malah, pengambilannya boleh dilakukan secara terbuka. Sebab itu kena ada pencegahan daripada sekarang ,” katanya. – 10 November, 2015.

- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/vape-buka-jalan-salah-guna-dadah-kata-bekas-timbalan-ketua-polis#sthash.MXCFGhqH.dpuf

Hari Pertama di Alam Kubur, Mayit Didatangi Rauman

SETIAP yang bernyawa pasti akan mengalami kematian. Itu berarti seseorang yang semasa hidupnya berada di atas tanah, dan melakukan segala sesuatu untuk hidupnya, kini harus kembali ke dalam perut bumi. Tanah yang dulu kita inak-injak, saat itu menjadi tempat istirahat untuk kita hingga menjelang hari kiamat.

Memasuki ruangan yang asing pada hari pertama tentu rasa resah dan gelisah akan senantiasa menghantui diri kita. Apalagi, kita tahu bahwa di dalam tanah itu penuh dengan hewan-hewan yang tidak bersahabat baik dengan manusia, juga suasana yang gelap dan pengap semakin menambah ketidaknyamanan. Lalu, seperti apa gambaran hari pertama di alam kubur itu?

Di dalam kitab Daqaiq al-akbar diceritakan mengenai keadaan mayit di alam kubur pada hari pertama ini.

Diriwayatkan dari Abdullah bin Salam, sebelum mayit bertemu dengan Munkar dan Nakir, mayit didatangi oleh malaikat bernama Rauman yang wajahnya bersinar bagaikan matahari. Rauman mendatangi mayit dan duduk lalu berkata, “Tulislah apa yang telah engkau lakukan, baik dan jelek.”

Mayit berkata, “Dengan apa aku menulis, mana penda dan tintaku?” Rauman lalu berkata, “Ludahmu adalah tintamu dan jari-jarimu adalah penamu.” Mayit berkata, “Pada apa aku menulis, sedangkan aku tidak mempunyai lampiran.” Malaikat kemudian memotong kain kafan dan memberikannya pada mayit, ia berkata, “Ini lampiranmu, maka tulislah.” Maka mayit menulis amalnya yang baik, ketika sampai pada amalnya yang jelek ia malu kepada malaikat tersebut.

Malaikat langsung berkata, “Wahai orang yang salah, kenapa kamu tidak malu kepada Dzat yang menciptakan kamu ketika kamu melakukannya di dunia dan sekarang kamu malu kepadaku?” Malaikat kemudian mengangkat batang kayu lalu memukulnya. Mayit berkata, “Bangkitkan aku sehingga aku menulisnya.”

Kemudian ia menulis semua amal baik dan jeleknya. Malaikat Rauman lalu menyuruhnya agar melipat dan mengecapnya, kemudian mayit itu melipatnya dan berkata, “Dengan apa aku mengecapnya, sedangkan aku tidak punya cap?” Malaikat berkata, “Caplah dengan kukumu.” Maka ia mengecapnya dengan kukunya dan menggantungkannya di lehernya sampai hari kiamat.

Sungguh beruntunglah bagi mereka yang selama hidup di dunia senantiasa mengingat Allah dalam setiap aktivitasnya. Ketika hendak berbuat maksiat maka ia bersegera beristighfar dan kemudian kembali mengingat Allah.

Monday, November 9, 2015

Pengamal perubatan: Jangan terus haramkan ketum

WARTAWAN SINAR HARIAN

Ketagihan ketum dikatakan semakin menular dalam kalangan remaja.
KUALA KANGSAR - Pihak berkaitan perlu melakukan kajian terperinci terhadap potensi ketum dalam bidang perubatan dan tidak terus mengharamkannya kerana daunnya mempunyai banyak khasiatnya tersendiri.

Cadangan tersebut dikemukakan pengamal perubatan, Dr Hashim Bujang yang berpendapat kajian secara menyeluruh perlu dilakukan bagi mengoptimumkan khasiat daun ketum.

Pengharaman ketum tidak perlu dilakukan kerana ketagihan terhadap bahan tersebut tidak terlalu serius.

“Ketum sejenis pokok yang ada bahan kimia opiod lemah tetapi jika diambil dalam kuantiti banyak, ia akan membawa kesan sama seperti heroin dan morphine," katanya.

Dalam pada itu, menurutnya, ketagihan ketum biasanya dalam kalangan penduduk luar bandar kerana ianya lebih mudah didapati di kawasan itu.

"Kesan ketagihannya juga masih belum dapat dipastikan. Malah, tiada kajian saintifik yang mengkaji tahap kerosakan pada mental dan fizikal penagih ketum sebelum ini.

Hanya sebab ketum ada bahan opiod, kita beranggapan kesan sampingannya sama seperti dadah,” katanya.

Hashim berkata, beliau menaruh harapan terdapat pihak yang membuat kajian terperinci mengenai potensiketum dan menjadikannya sebagai ubat.

Menurutnya, kajian yang dijalankan baru-baru ini berjaya menghasilkan ubat baru, iaitu Forxiga yang dihasilkan dari kulit pokok epal dan digunakan untuk merawat kencing manis.

“Daun ketum mengandungi opiod iaitu sejenis bahan kimia yang mampu merangsang otak, jadi tidak mustahil ketum boleh dijadikan sebagai ubat penahan sakit dan sedatif selepas pembedahan.

“Apabila ketum dikategorikan sebagai bahan larangan dan berbahaya, kita akan kehilangan sesuatu daripada ketum, terutama dari segi kebaikan dan sudut positifnya,” katanya.

Pendapat sama turut pernah dilontarkan Yang Dipertua Pengasih, Datuk Mohd Yunus Pathi yang berpendapat kajian terperinci perlu dilakukan memandangkan daun ketum sudah lama digunakan sebagai ubat dan ia dikatakan memberi kesan baik kepada kesihatan manusia.

Menurutnya, daun ketum mampu menghilangkan kebergantungan kepada heroin berdasarkan pemerhatian terhadap penghuni di rumah Pengasih.

Menurutnya, penggunaan ketum dalam kalangan masyarakat perlu dikawal bagi memastikan tiada pihak yang menyalahgunakannya seterusnya memudaratkan kesihatan.

“Kalau ketum dibenarkan kerajaan, mungkin Pengasih akan menjadi badan pertama menggunakannya untuk detokfikasi.

"Kalau ia terbukti sebagai ubat, kita akan gunakannya kepada penagih dadah," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan pengalaman kakitangan Pengasih, apabila seorang penagih heroin diberikan ketum, ia mampu menghilangkan ketagihan terhadap dadah berkenaan biarpun mereka tidak pulih sepenuhnya.

“Namun, penggunaan ketum ini adalah proses permulaan untuk mereka hilangkan ketagihan heroin.

"Mungkin mereka juga akan pulih sepenuhnya jika betul caranya,” katanya.

Dalam pada itu, isu penyalahgunaan ketum mendapat perhatian ramai pihak sejak kebelakangan ini, malah Adun Pengkalan Hulu, Aznel Ibrahim turut membawa isu tersebut pada sidang Dun lalu.

[ARTIKEL BERKAITAN: Daun ketum diwarta bawah Akta Dadah Berbahaya]

Menurutnya, pembabitan sebahagian pelajar sekolah menengah di daerah itu dalam gejala ketagihan ketum sesuatu yang serius dan perlu ditangani segera.

"Berdasarkan tangkapan daripada 87 kes tangkapan, 14 kes pelajar ditangkap berumur antara 14 tahun hingga 18 tahun.

“Manakala 61 kes tangkapan yang dilakukan pihak berkuasa melibatkan mereka yang berusia antara 19 hingga 40 tahun iaitu golongan yang ditakrifkan sebagai belia,” katanya.

Sunday, November 8, 2015

KDN ambil alih bentang akta daun ketum

Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan mengambil alih daripada Kementerian Kesihatan untuk membentangkan semula akta baharu berkaitan daun ketum di Parlimen.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahya berkata, perkara itu dibincangkan bersama oleh semua pihak berkepentingan dalam isu tersebut.

"Kementerian Kesihatan mendapat banyak tentangan daripada pelbagai pihak termasuk pembangkang semasa membentangkan akta tersebut sebelum ini.

"Jadi kita tarik balik dan tangguh dulu sehingga akta baharu mengenai daun ketum dibentangkan oleh KDN," katanya kepada pemberita selepas menutup 'Kem Kesihatan Musim Panas Kelab Doktor Muda dan sambutan Minggu Sihat Doktor Muda' peringkat kebangsaan di Universiti Teknoloji Mara (UiTM) Perlis di sini, hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Azlan Man dan Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Pendidikan Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Anuar Abdul Hamid.

Menurut Hilmi, kajian semula akta tersebut mengambil masa agak lama kerana ia melibatkan banyak implikasi undang-undang serta membabitkan banyak pihak.

Katanya, kajian itu juga kemungkinan menyentuh daun-daun lain yang berpotensi memberi kesan kepada pengguna sama seperti pengambilan daun ketum.

Ketika berucap sebelum itu, beliau berkata, kajian Global School-Based Student Health Survey 2012 kementerian melibatkan 25,500 murid mendapati 71 peratus murid sekolah merokok sebelum umur 14 tahun.

"Ini adalah antara masalah yang dihadapi oleh murid-murid sekolah. Kita berharap program Doktor Muda dapat membantu menurunkan 'penyakit' tersebut," kata Dr Hilmi.

Katanya, kajian tingkah laku berisiko dalam kalangan remaja pada 2011 mendapati 21 peratus tidak bersenam dan 82 peratus menghabiskan masa menonton televisyen lebih sejam yang menyumbang kepada peningkatan obesiti remaja bawah 18 tahun.

Beliau yang ditanya mengenai keberkesanan kempen anti merokok dan sekarang timbul isu vape dan rokok eletronik kemudian berkata, kempen tersebut mengambil masa lama untuk melihat kesannya.

Program Doktor Muda itu bermula 5 November lepas disertai 360 peserta dari seluruh negara bertujuan mendidik, melatih dan memberi keyakinan diri kepada peserta untuk menyampai mesej kesihatan kepada rakan-rakan mereka.

Saturday, November 7, 2015

Cecair vape ada dadah?

Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin

anbia@hmetro.com.my


Kuala Lumpur: Mungkinkah wujud cecair vape dijual di pasaran sengaja dicampur dengan pekatan dadah bagi mendapatkan kesan khayal?

Persoalan itu timbul susulan tindakan polis merampas 30 botol cecair vape yang disyaki dicampur dadah hasil pemeriksaan mengejut di sebuah premis menjual vape terkemuka.

Sumber Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman berkata, kegiatan itu dibongkar susulan pemeriksaan mengejut dilakukan polis terhadap sebuah premis menjual cecair vape berperisa di sebuah pusat beli-belah di Kota Bharu, Kelantan, Khamis lalu.

Menurutnya, pemeriksaan dengan bantuan anggota Bahagian Penguat kuasa Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) itu dilakukan berdasarkan maklumat terhadap premis milik seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun.
Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 November 2015 @ 5:34 AM
SEBAHAGIAN botol cecair vape yang dirampas berikutan disyaki mengandungi dadah.

- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/91702#sthash.zZVStoBk.dpuf

Monday, November 2, 2015

Kecubong

Nama Botani: Datura Fastuosa

Nama Lain: Kecebung

Famili: Solanaceae

Pengenalan:Pokok jenis renek yang boleh mencapai ketinggian sehingga 2 m. Batang bersifat tegak, licin atau berambut sedikit. Ranting dan daunnya berwarna keungguan terutama ketika muda. Berdaun ringkas, berbentuk bujur yang melebar dibahagian bawah, berukuran 9-18 cm panjang, hujung daun berkeadaan runcing ('acuminate'). Urat daun timbul dipermukaan bawah. Tangkai daunnya panjang,boleh mencapai sehingga 16 cm. Bunganya besar dan panjang berbentuk seperti trompet, bewarna putih dan mempunyai warna ungu di hujung kelopak. Buah berbentuk bulat, keras dan berduri.

Khasiat dan Kegunaan:
Bunga kecubung dihiris nipis dan dikeringkan sebelum ia dicampur dengan tembakau untuk dihisap sebagai rokok bagi merawat penyakit lelah. Kelopak bunga yang dikeringkan juga boleh dihisap seperti rokok bagi tujuan yang sama. Seduhan kelopak bunga boleh diminum bagi merawat sakit jiwa. Penggunaan luaran daun kecubung dikatakan dapat meransang pertumbuhan rambut, melegakan kembung pada kanak kanak dan merawat sakit tulang. Penggunaan kecubung perlu diawasi kerana kehadiran racun-racun seperti kimia hyoscyamine, scopolamine dan atropine yang boleh menyebabkan khayal.

Sunday, November 1, 2015

Tongkat Ali Hitam

Nama Botani: Polyathia Bulata

Nama Lain: Tongkat Ali Hitam, Tongkat Ali Baginda, Sepelih Angin

Famili: Annonaceae

Pengenalan:
Pokok bersaiz kecil atau shrub ini boleh mencapai ketinggian sehingga 2-3 m. Ranting muda dilitupi dengan rambut atau bulu yang agak jelas, berwarna keemasan. Daunnya ringkas, berwarna hijau, berbentuk bujur panjang ('lanceolate' atau 'oblanceolate') berukuran 30-35 cm panjang dan 10-12 cm lebar. Di bahagian atas permukaannya berkilat, mempuyai 25-40 pasang urat dan dibahagian hujungnya tajam ('acute'). Tangkainyaberukuran 2-3 cm panjang. Bunganya berwarna krim (kelabu kemerahan) dengan 6 kelopak yang panjang.

Khasiat dan Kegunaan:
Tumbuhan ini digunakan secara tradisi untuk menguatkan tenaga batin lelaki. Air rebusan diminum sebagai tonik. Selain daripada itu, tumbuhan ini digunakan untuk menguatkan buah pinggang dengan meminum air rebusannya secara berterusan selama satu bulan. Tumbuhan ini juga digunakan untuk merawat darah tinggi dan kencing manis dengan menghancurkan bunga, akar dan daun sehingga menjadi serbuk lalu dimakan. Salah satu kaedah yang biasa diamalkan dalam penggunaanya bagi merawat masalah lemah tenaga batin ialah dengan meminum secara berterusan air rebusan akar P. bullata yang dicampur dengan akar dedawai (Smilax myosotiflora), itah tembaga (Smilax calophylla), mentimun tikus (Cyclea laxiflora) serta akar secancang (Lasianthus cyanocarpus).